Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anggota APM Bantu Kucing Tersepit

Seekor Kucing dikatakan terjun Dari Tingkat Dua flat di Taman Matahari, Batu 4, Sandakan baru-baru ini menyebabakan kemudiannya berlari dan tersepit di pintu jeriji besi di sebuah premis di tingkat bawah flat tersebut.

Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) yang menerima panggilan kecemasan daripada pemilik kucing berkenaan, bergegas ke tempat kejadian untuk membantu kucing yang agak malang ini.



Menurut Pegawai APM Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel, pengadu memaklumkan kucing peliharaannya terjatuh dari tingkat dua rumah mereka. Kemudiannya, kucing itu berlari lalu tersepit pula di pagar sebuah premis di tingkat bawah.

Kucing terbabit berjaya diselamatkan anggota bertugas. namun pemeriksaan awal mendapati bahawa kucing berkenaan cedera di bahagian hidungnya.

Kucing malang ini akhirnya dihantar ke Klinik Haiwan Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Anggota APM Bantu Kucing Tersepit

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×