Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pilihan Terbaik Buat Diet Kucing Anda, Basah Atau Kering?


Apabila anda ingin membuat keputusan penting tentang pemakanan kucing anda untuk kebahagian dan kesihatannya, anda boleh cuba untuk memberikan tumpuan kepada 3 perkara ini; nutrisi, gaya hidup dan kos. Jika inginkan kebaikan yang total buat kucing anda, diet kucing anda yang sihat dan seimbang memainkan peranan yang penting, ditambahkan pula kesesuaian dengan gaya hidupnya. Namun anda juga perlu memastikan yang ianya masih lagi di dalam lingkuangan bajet anda sendiri. Jangan membeli makanan yang terlalu mahal sehingga anda terpaksa memakan pasir.

Baca Ini Juga:

>>Mesin Makanan Kucing Cool - Membolehkan Kucing Memburu Untuk Mendapatkan Makanan<< 

Jadi, apakah pilihan makanan yang terbaik buat kucing kesayangan anda? Adakah ianya diet kering atau basah? Mari kita selongkarkan satu per satu perkara yang disebutkan di atas terlebih dahulu.

Nutrisi
Sebenarnya apa yang diambil oleh kucing anda adalah sama penting dengan apa yang diambil oleh anda sendiri. Anda perlu memastikan yang 5 bahan utama adalah ramuan yang benar. Antara yang perlu anda hindarkan ketika memilih makan buat si comel adalah; makanan yang mengandungi jagung, gluten jagung, "by-produk", gandum sepenuhnya dan beras yang digunakan untuk membuat bir. Istilah "by-produk" secara dasarnya membawa maksud daging dari bahagian yang lain seperti otak, kaki, mata dan sebagainya. Ianya tidak begitu baik buat sistem tubuh kucing anda. Makan berasakan jagung juga sebenarnya tidak begitu baik untuk kucing anda. Hanya 5% sahaja daripada diet kucing anda yang perlu anda berikan pada kucing anda. Jika anda inginkan kucing anda sihat dan bahagia, ketika membeli makanan untuknya, cari makanan yang mengandungi daging sebenar(daging ayam, daging ayam belanda dan sebagainya yang bersesuaian), karbihidrat sihat seperti beras perang atau labu, dan yang tidak mengandungi jagung, soya, minyak canola dan gandum.

Gaya Hidup
Sebagai pemilik kucing yang baik, anda mesti mengambil tahu secara terperinci segalanya tentang gaya hidup dan kesihatan kucing anda. Adakah kucing anda aktif? Adakah kucing anda hanya duduk di dalam rumah sahaja? dan seumpamanya. Soalan-soalan sebegini sangat penting bagi memastikan tahap kesihatan dan keaktifan kucing anda. Jika kucing anda sangat aktif, lebih besar peratusannya untuk ia menangani diet yang lebih menggemukkan. Ini kerana sesetengah kucing yang memakan makanan yang sihat atau makanan untuk mengurangkan berat badan boleh menyebabkan ia menjadi bertambhah gemuk dan tidak sihat. Jadi ianya sangat penting untuk memastikan yang kucing anda sentiasa aktif tidak kira umurnya tua atau muda.

Kos
Dalam ekonomi yang tidak menentu, sudah pasti anda juga terpaksa menghadkan pilihan anda agar ianya tidak pula membebankan hidup anda. Disebabkan inilah kebanyakan pemilik kucing kelah pertengahan mempunyai kucing yang tidak begitu sihat berbanding mereka yang lebih mewah. Mana tidaknya, makanan yang lebih bagus selalunya kosnya begitu tinggi. Jadi anda perlu memiliha makan untuk kucing kesayangan anda bersesuaian dengan bajet anda. Sebenarnya kucing tidak perlu makan makanan yang lebih baik lebih daripada 2 kali sehari.  Jadi anda boleh sahaja selang seli memberikan kucing anda makan ikan atau ayam rebus mengikut kesesuainnya.


Makan Kering Atau Makanan Basah?
Perlu anda ambil tahu bahawa kucing memperolehi kebanyakan penghidratannya daripada makanan yang mereka ambil. Jadi pilihan terbaik buat diet kucing anda adalah makanan basah. Ini tidak bermaksud yang anda tidak perlu langsung memberikan kucing anda makanan kering. Anda boleh sahaja selang selikan memberi kucing anda makan makanan basah dan makanan kering. Namun perlu diingatkan kalau boleh elakkan kucing anda memakan makanan kering sahaja setiap masa kerana ianya tidak begitu sihat disebabkan agak sukar buatnya untuk mencerna makanan tanpa penghidratan.



This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Pilihan Terbaik Buat Diet Kucing Anda, Basah Atau Kering?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×