Masih ada manusia yang beranggapan bahawa misai kucing adalah lebih kurang sama seperti bulu-bulu kucing yang lain. Malangnya, kenyataan ini tidak begitu tepat.
Untuk pengetahuan kita bersama, misai kucing pada hakikatnya berhubung dengan sistem saraf kucing yang membolehkan ianya menghantar maklumat mengenai persekitaran kucing terus kepada saraf deria mereka. Inilah yang membantu kucing untuk mengesan dan bertindak balas dengan sewajarnya, kebiasaannya.
BACA INI JUGA: Apa Fungsi Misai Kucing Comel Tu?
Sebuah dokumentari daripada BBC berjudul Cats Uncovered ada menunjukkan bagaimana misai kucing memainkan peranannya dalam membantu kucing untuk bertukar ke mod menyerang apabila memburu mangsanya. Saksikan video di bawah untuk mendalami lebih lanjut tentang misai kucing.