Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gusti Anak Kucing Lebih Hebat Daripada WWE

Nah, peminat gusti mana yang tidak mengenali the undertaker, the rock, big show, brock lesnar, rani kulup(eh. haha peace yo!) dan yang lain-lain lagi.

Sebut sahaja nama-nama mereka ini, sudah pasti peminat gusti di Malaysia akan mula berasa berkobar-kobar. Jadi tidak hairan lah bila majalah 3 memaparkan tentang ahli gusti di Malaysia malam semalam(Isnin 17 April 2017), yang begitu penuh bersemangat untuk bergusti.

Tidak pasti apa yang ingin anak-anak muda ini tonjolkan; mungkin wang, mungkin kuasa, mungkin nama atau mungkin juga kekuatan untuk mengalahkan kuasa besar di barat dan timur yang kini semakin membuli umat Islam secara halus setiap masa, apa pun, sudah pasti kepuasan sementara lah yang akan mereka rasai di atas usaha mereka itu sendiri.

Bagi yang bukan meminati gusti yang mana sudah pasti kurang suka dengan keganasan seperti mana yang sering ditonjolkan di dalam WWE, anda pasti akan terpesona dengan gusti anak kucing yang lebih memberikan makna kepada kehidupan sejagat.


Dengan jurus-jurus pelik yang dilontarkan para pengusti anak kucing ini ketika berada di atas gelanggang, dikhuatiri akan membuatkan lebih ramai ahli gusti yang ada di dunia ini menderita ketakutan berpanjangan. Mana tidaknya, "the undertaker" pun tumbang bila anak-anak kucing ini sedang bergusti. Gila.

Teknik mengunci dan pukulan apa yang dipunyai oleh anak-anak kucing yang hebat ini?  Anda boleh tentukan sendiri dengan menonton klip video gusti anak kucing di bawah.




*Gambar: John Lund (http://www.imagekind.com/cat-fight_art?IMID=ada21458-b7cc-42a6-b2a6-de607a9834ff)


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Gusti Anak Kucing Lebih Hebat Daripada WWE

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×