Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Minyak Wangi Baru Berbau Seperti Leher Anak Kucing

Sebelum ini kami pernah mengupas tentang spray fabrik beraroma dahi kucing di jepun yang direka khas buat pencinta kucing sejati.

Kali ini para penyelidik di sebuah syarikat bernama Demeter Fragrance Library yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat pula telah membangunkan wangian berbau seperti leher anak kucing.



Haruman yang bernama "Kitten Fur" ini di datangkan oleh Demeter dalam beberapa bentuk seperti cologne, roll-on perfume, semburan, losyen badan dan bermacam lagi. Harganya bermula daripada US$6 sehingga US$39.50 bergantung kepada isi kandungan yang telah ditetapkan.

Persoalan yang pasti akan timbul, bagaimanakah agaknya bau sebenar wangian Kitten Fur ini?

Apa pun bau yang dihasilkan oleh minyak wangi " Kitten Fur" ini, harap ianya tidak akan membebankan mana-mana pengguna yang menggunakannya nanti.

Bagi yang sentiasa ketagih dengan bau anak kucing, anda boleh dapatkan wangian ini di http://demeterfragrance.com/kitten-fur.html




This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Minyak Wangi Baru Berbau Seperti Leher Anak Kucing

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×