Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bagaimana Nak Galakkan Kucing Anda Untuk Minum?

Bukan sahaja begitu penting bagi manusia, air juga merupakan komponen yang terpenting bagi makhluk hidup yang lain termasuk Kucing.

Disebabkan hal ini, anda sebagai pemilik kucing seharusnya bertanggungjawab bagi memastikan yang tubuh kucing anda mendapat air yang mencukupi.

Penyakit-penyakit yang berkenaan dengan sistem saluran kencing kucing seperti "Feline Idiopathic Cystitis" selalunya memerlukan kucing untuk mengkonsumsi jumlah air yang lebih bagi memastikan yang ia tidak berada di dalam keadaan dehidrasi.

Apa yang membimbangkan kebanyakan pemilik kucing adalah kucing mereka begitu sukar untuk meminum air dengan lebih.


Jangan risau, jika anda juga tergolong di dalam kelompok ini, anda boleh cuba beberapa tips di bawah ini untuk menggalakkan kucing anda untuk minum air nanti ya.

- Berikan kucing anda makan makanan yang basah.

- Anda juga boleh meletakkan air di dalam makan mereka.

- Tidak salah untuk memberikan kucing anda kiub air berperisa daging. Rebus sahaja air bersih bersama-sama dengan daging(seelok-eloknya daging ikan atau ayam cincang) dan kemudian bekukannya. Kiub ais berperisa daging ini kemudiannya boleh di letakkan di dalam bekas minum kucing kesayangan anda.

- Kebanyakan kucing lebih suka dengan air yang datang dari lopak, air hujan, air dalam botol atau air paip. Anda kena pantau kucing anda untuk memastikan keperluannya.

- Sesetengah kucing lebih suka air yang mengalir seperti air pancutan atau air daripada paip yang mengalir. Jika kucing berkeadaan sedemikian rupa, anda perlulah mencari alternatif bagi mengikut kehendaknya.

- Kebanyakan kucing juga agak memilih dengan jenis atau bentuk bekas air yang diberikan kepada mereka. Ada yang akan senang untuk meminum air yang di letakkan di dalam bekas kaca, logam atau seramik yang besar atau yang kecil berbanding plastik yang selalunya meninggalkan bau. Di sinilah peranan penting anda perlu dimainkan.

-  Pastikan anda meletakkan beberapa bekas air di mana-mana kawasan yang anda rasakan baik, yang jauh daripada tempat makan kucing dan tempat pembuangan sisa toksiknya. Ini akan memudahkan anda untuk memantau aktivit pengambilan air kucing anda itu nanti.
Mudah kan? Tiada alasan lagi buat anda sebagai pemilik kucing untuk tidak memberikan air yang mencukupi kepada kucing kesayangan anda itu nanti.

TENGOK INI JUGA: Kucing Kehausan, Minum Air Dengan Malasnya! 

Anda lebih berpengetahuan dalam menggalakkan kucing anda untuk meminum air dengan lebih? Wah bagus tu, apa kata anda kongsikan pengalaman anda itu di ruangan komen di bawah agar sesiapa sahaja yang singgah di sini akan mendapat manfaatnya juga.

Terima kasih. :)


 




This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Bagaimana Nak Galakkan Kucing Anda Untuk Minum?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×