Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Remaja Redah Banjir Selamatkan Kucing

Syabas diucapkan kepada dua orang remaja yang berhati mulia ini kerana sanggup meredah air banjir semata-mata untuk menyelamatkan enam ekor kucing yang terperangkap di sebuah rumah di Kampung Padang Serai yang ketika itu dinaiki air.


Keenam-enam kucing tersebut dipercayai terperangkap sejak dua hari yang lepas apabila tuan mereka berpindah ke pusat pemindahan, sebelum diselamatkan oleh kedua-dua remaja ini.

Menurut Muhammad Faruq Shabudi, 15, dan Muhammad Shukri Zulkafli, 20, mereka mengambil keputusan untuk meredah air sejauh 20 meter untuk memasuki ke kawasan rumah berkenaan apabila menyedari beberapa ekor kucing sedang memanjat beranda rumah untuk mengelak daripada air banjir.

Kucing-kucing tersebut berada di atas beranda rumah berkenaan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan sebelum diselamatkan oleh kedua-dua remaja berkenaan.

Setelah berjaya diselamatkan, akhirnya kucing-kucing ini dihantar ke pusat pemindahan dengan harapan akan terjumpa dengan tuan mereka kelak.

Pesanan ikhlas kami kepada kedua-dua orang remaja berhati mulia ini agar boleh menjaga keselamatan diri mereka terlebih dahulu di masa akan datang. Malapetaka boleh berlaku bila-bila masa dan tak mengenal siapa.

Apa pun terima kasih adik-adik kerana bersifat mulia dan menyelamatkan kucing-kucing berkenaan. Moga dilindungi kelak. Anda berdua merupakan antara hero Malaysia yang hebat. :)


*Sumber dan Foto ehsan Bernama


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Remaja Redah Banjir Selamatkan Kucing

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×