Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kucing Memberi Amaran Kepada Pemiliknya Mengenai Kehadiran Penceroboh Di Apartmen Mereka


Seorang kerani berusia 39 tahun telah dikejutkan dari tidurnya oleh bunyi desiran yang kuat daripada kucingnya pada jam 2:50 pagi hari ini, di pangsapuri tingkat tujuh di Jalan Jubli Perak, Batu 3 Subang Jaya. Apabila beliau bangun untuk memeriksa keadaan, beliau telah dikejutkan dengan orang yang tidak dikenali berada di balkoni.

Penceroboh yang turut terkejut kerana melihat penghuni di pangsapuri terjaga, terus melarikan diri dengan memanjat ke bawah balkoni dalam usaha untuk melarikan diri. Bagaimanapun penceroboh ini telah berjaya ditemui di dalam bilik stor pelupusan sampah di tingkat enam oleh kerani berkenaan dan jirannya. Mereka telah berjaya menangkap suspek selepas pergelutan yang pendek dan akhirnya telah meminta bantuan pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, suspek sebenarnya adalah pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan. Suspek yang berusia 21 tahun itu telah diambil bekerja oleh pihak pengurusan pangsapuri sehari sebelum kejadian itu berlaku. Suspek tinggal di asrama pengurusan di tingkat lapan dan telah pun ditahan reman selama dua hari.

 Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana jenayah menceroboh yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Sumber: Nadirah H. Rodzi


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kucing Memberi Amaran Kepada Pemiliknya Mengenai Kehadiran Penceroboh Di Apartmen Mereka

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×