Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

9 Fakta Menarik Telinga Kucing Yang Hebat

Kucing adalah makhluk Allah yang sangat luar biasa. Bukan sekadar mampu untuk membuat wajah yang menggembirakan kebanyakan pencinta kucing, setiap perincian tubuh badannya juga memainkan peranan yang sangat besar untuk dirinya bergerak dan memburu.

Lihat sahaja kepada telinga mereka. Ianya merupakan instrumen yang sangat hebat yang membenarkan kucing untuk melakukan pelbagai perkara yang agak luar biasa. 9 fakta menarik tentang telinga kucing di bawah ini mungkin akan mengejutkan anda.

Baca Ini Juga: 

1- Telinga Kucing Membantu Kucing Untuk Tetap Seimbang

Terusan telinga kucing sebenarnya dipenuhi dengan cecair dan apabila cecair tersebut berubah, isyarat akan dihantar ke otak untuk membiarkan kucing tahu yang telah ada satu perubahan berlaku. Isyarat ini dapat membantu otaknya segera menentukan arah yang sepatutnya supaya ia boleh membetulkan dirinya. Keupayaan untuk mencari keseimbangan dengan cepat adalah refleks yang membantu kucing anda sentiasa mendarat di atas kakinya ketika dia bergolek dari sofa di pertengahan tidur yang lena.

2- Deria Pendengaran Yang Sangat Hebat

Deria pendenganran kucing adalah lima kali lebih hebat daripada manusia. Keupayaannya untuk mendengar bunyi-bunyi halus yang dapat membantunya untuk memburu dan kekal selamat dari pemangsa yang lain.

3- Kucing Menggunakan Telinganya Untuk Berkomunikasi Dengan Kucing Lain Dan Juga Dengan Manusia

Kucing menggunakan telinganya sebagai cara yang halus untuk berkomunikasi dengan kucing lain. Bahkan ia akan menggunakan telinganya juga untuk berkomunikasi dengan manusia.

4- Telinga Kucing Mempunyai Pelbagai Pergerakan Yang Luar Biasa

Kucing mempunyai 32 otot pada setiap telinga luar mereka. Otot telinga kucing ini memberikan mereka kawalan untuk memusing dan memutarkan telinga mereka agar mereka dapat mengecam bunyi yang didengarinya dengan lebih tepat.

5- Kucing Dilahirkan Pekak

Anak kucing dilahirkan dengan terusan telinga yang ditutup. Terusan telinga akan membuka apabila mereka berusia kira-kira seminggu. Kemudian, ia akan berorientasikan kepada bunyi pada masa ia berusia kira-kira 2 minggu. Mereka mampu untuk membezakan anatar bunyi yang beza bila umur mereka mencecah ke hampir sebulan.

6- Deria Pendengaran Yang Sangat Tepat

Bukan sahaja kucing mempunyai deria pendengaran yang kuat, bahkan ia juga mampu untuk membezakan sumber daripada dua bunyi yang berbeza yang berada dalam jarak 3 inci antara satu sama lain bila mana ia berada pada kedudukan tiga kaki daripada kedua-dua bunyi tersebut.

7- Telinga Kucing Yang Dihiasi Dengan Bulu-Bulu Bukan Sahaja Membuatkan Ia Kelihatan Comel

Segala bulu yang terdapat pada telinga kucing sebenarnya ada tujuannya dicipta sedemikian olah Yang Maha Berkuasa. Ianya dapat membantu kucing untuk mengelakkan serpihan habuk dan bunyi langsung terus ke dalam telinganya.

8- Telinga Kucing Yang Hilang Sedikit Dihujungnya Dapat Memberitahu Anda Sesuatu

Kucing yang hilang sedikit hujung telinganya selalunya menunjukkan bahawa ia sudah dikembirikan atau dimandulkan. Hal ini memudahkan kumpulan yang memandul dan mengembiri kucing untuk mengetahui kucing mana yang sudah dimandul atau dikembirikan.

9- Sesetengah Kucing Menjadi Pekak Di Kemudian Hari

Sama seperti manusia, sesetengah kucing tidak dapat membangunkan deria pendegaran mereka. Mereka juga boleh menjadi pekak di kemudian hari akibat kecederaan, penyakit, atau usia tua. Walaupun begitu mereka masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan disebabkan dapat bergantung pada deria hebat mereka yang lain.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

9 Fakta Menarik Telinga Kucing Yang Hebat

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×