Kepala seekor Anak Kucing malang ini telah tersekat di dalam botol dan ia kelihatan agak sengsara. Namun ia sungguh bernasib baik kerana ada manusia yang telah menjumpainya dan terus membantunya dengan serta-merta.
Untuk menyelamatkan anak kucing malang ini, para penyelamat telah menggunakan tukul besi untuk memecahkan botol yang tersekat pada kepala anak kucing berkenaan.
Mereka dilihat terpaksa berhati-hati ketika ingin memcahkan botol dan terpaksa memegang anak kucing tersebut dengan kukuh agar ia tidak bergoyang lalu mencederakan dirinya.
Setelah beberapa pecahan dilakukan pada botol, akhirnya anak kucing ini bebas juga dari kesengsaraaan yang dialaminya. Moga video di bawah ini dapat memberikan peringatan kepada kita agar tidak membuang botol atau balang yang masih berisi makanan di merata-rata tempat.