Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit

Sering terlambat membayar baki Kad Kredit, atau anda kadang kala terlupa untuk membuat pembayaran? Anda mungkin mengambil ringgan tentang tidak membayar untuk beberapa bulan. Artikel ini akan mendedahkan akibat tindakan tersebut, dan menegaskan mengapa anda perlu peka dengan tanggungjawab pembayaran itu.

Dikenakan Kadar Faedah yang Lebih Tinggi

Apabila anda tidak membayar baki kad Kredit pada tempoh yang telah ditetapkan, pengeluar kad kredit boleh mengenakan kadar faedah yang paling tinggi iaitu 18%. Sebaliknya, jika anda membayar baki tepat pada masanya, kadar faedah yang dikenakan ialah lebih rendah. Ini merupakan sebahagian dari penstrukturan kadar faedah berperingkat yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.

Penstrukturan ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan pembayaran baki tertunggak kad kredit tepat pada masanya. Jika bayaran tepat pada masanya dibuat secara berterusan, lebih rendah kadar faeadh yang akan dikenakan.

Kadar Faedah Kad Kredit Berperingkat Bank Negara

  • Peringkat 1- Kadar faedah setinggi 15% setahun (bayaran minima dibuat berturut-turut selama 12 bulan)
  • Peringkat 2 – Kadar faedah setinggi 17% setahun (bayaran minima dibuat berturut-turut sekurang-kurangnya 10 bulan dalam tempoh 12 bulan)
  • Peringkat 3 – Kadar faedah 18% setahun

Jadi, anda sebenarnya akan untung jika anda langsaikan baki kad kredit anda tepat pada masanya.

Skor Kredit Rendah

Bayaran yang lambat juga akan direkodkan dalam laporan kredit anda, yang boleh diteliti oleh semua  bank. Pihak bank  juga boleh memperoleh laporan  Central Credit Reference Information System (CCRIS) dari Bank Negara yang memaparkan rekod kewangan individu untuk tempoh 12 bulan. Selain itu, bank turut mempunyai pilihan laporan kredit dari CTOS, yang menyimpan rekod untuk satu tempoh masa lebih lama. Laporan kredit seperti CCRIS dan CTOS akan membantu bank dan institusi kewangan lain untuk mengesahkan status kewangan anda. Sebaik sahaja corak pembayaran anda disahkan, dan terdapat tanda  penangguhan bayaran, permohonan pinjaman anda seperti pinjaman kereta dan pinjaman perumahan berkemungkinan tinggi bakal ditolak. Permohonan kad kredit baru juga sukar untuk diluluskan.

Caj Bayaran Lambat

Apabila anda menangguhkan bayaran kad kredit melebihi tempoh yang ditetapkan, kebanyakan bank akan mengenakan caj bayaran lambat. Caj yang dikenakan bergantung kepada bank, tetapi kebiasaannya sekitar 1% dari baki tertunggak, atau RM10, mana yang lebih tinggi. Anda akan dikenakan caj tersebut sehinggalah baki tertunggak dilangsaikan sepenuhnya. Kadar 1% itu mungkin kelihatan kecil, tetapi apabila ianya terkumpul, anda bakal terbeban dengan jumlah yang perlu dibayar.

Lebih memburukkan keadaan, anda juga perlu membayar caj faedah untuk baki tertunggak kad kredit yang melebihi tarikh akhir pembayaran semula. Tanpa anda sedari, caj tersebut walaupun kelihatan kecil terkumpul, dan akhirnya akan menjadi satu yang sukar untuk dilangsaikan.

Panggilan dan ‘Pelawat’ yang tidak diingini

Satu lagi perkara untuk memberi motivasi supaya anda  berdisiplin dalam melangsaikan bayaran, walaupun dengan melakukan bayaran minimum ialah untuk mengelakkan kunjungan pengutip hutang. Membuat bayaran tepat pada masanya akan mengelakkan dari pemiutang sering melakukan panggilan telefon pada anda. Lebih teruk lagi, pihak bank boleh menghantar pengutip hutang, mereka bukan sahaja akan datang ke rumah, malah boleh hadir ke tempat kerja anda juga untuk mengutip hutang anda.

Lihat juga: Bagaimana Bank Menjana Keuntungan Dengan Kad Kredit

Anda Boleh Diisytiharkan Muflis

Dibawak Akta Bankrap 1967, individu boleh diisytiharkan muflis apabila pemiutang menunjukkan bukti hutang tertunggak sebanyak RM30,000 yang tidak dibayar dalam tempoh melebihi 6 bulan. Anda mungkin rasakan jumlah tersebut tidak besar, tetapi ia boleh terkumpul jika anda tidak peka dan prihatin untuk membuat bayaran semula. Sebaik sahaja anda diisytiharkan muflis oleh mahkamah, anda akan hilang beberapa kelebihan, seperti dihalang keluar dari Malaysia, dan Ketua Pengarah Insolvensi (DGI) akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus harta anda bagi membayar hutang.

Jika anda berkerja di bawah bidang professional (seperti bidang perakaunan, undang-undang dan perubatan) anda tidak boleh teruskan kerjaya anda, dan akaun anda juga akan dibekukan. Anda boleh elakkan akibat buruk seperti di atas. Ikuti tip seperti dibawah:

Tip untuk pastikan bayaran kad kredit dibuat tepat pada masanya:

  • Jangan gunakan kad kredit untuk membeli barang diluar kemampuan anda
  • Pastikan sekurang-kurangnya bayaran minima dilakukan setiap bulan
  • Buat peringatan di komputer dan telefon bimbit anda, dan pastikan tarikh bayaran yang ingin anda buat memberikan anda tempoh yang cukup untuk membuat bayaran.
  • Jadikan sifat membuat bayaran sebaik sahaja anda menerima penyata kad kredit sebagai tabiat.

Kad kredit boleh menjadi alat kewangan yang menyenangkan hidup, namun anda harus pastikan anda gunakan mencari kad kredit yang sesuai untuk keperluan dan perbelanjaan anda.

The post Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×