Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Servis Penghantaran Makanan Bulan Ramadhan 2017

Bulan Ramadhan membuka peluang untuk kita membuat renungan dan perubahan dari segi tingkah laku, pemikiran, dan gaya pemakanan.

Selain tanggungjawab perkerjaan harian, ditambah persediaan sewaktu Ramadhan dan Syawal, kita mungkin memerlukan bantuan untuk menyediakan juadah.

Bagi mereka yang berkesempatan, bazaar Ramadhan mungkin boleh menjadi pilihan. Tetapi, jika anda kesuntukan masa, berikut merupakan 9 servis Penghantaran makanan yang boleh anda cuba (selain foodpanda) untuk juadah berbuka, dan juga bersahur.

Amazin’ Grace x Root Cellar KL

Untuk Snek Berkhasiat

Servis penghantaran makanan yang ini lain dari yang lain kerana tidak membuat penghantaran juadah untuk berbuka. Namun, snek berkhasiatnya sesuai untuk dijadikan hidangan sampingan ketika moreh atau bersahur.

Untuk bulan Ramadhan ini, Amazin’ Graze dan Root Cellar KL (dengan kerjasama Agak-Agak) bakal menawarkan promosi menarik untuk pelanggan tetap dan juga pelanggan baru!

Tahun ini, dua jenama makanan tersebut akan menawarkan hidangan tradisional Malaysia dengan sedikit kelainan. Bahan-bahan seperti gula Melaka, pandan, santan, bunga kantan, rending, dan aneka rempah ratus akan digunakan untuk  promosi Ramadhan mereka.

Yang paling menarik, hidangan ini semuanya:

  • Diberbuat daripada 100% bahan-bahan semulajadi.
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Mengandungi vitamin dan mineral
  • Rendah indeks Glysemik.
  • Tidak mengandungi gula halus.
  • Rendah sodium

Hidangan yang sedia untuk dimakan ini termasuklah Rose Macadamia Granola (RM 19.90), Rendang Spice Nut Mix (RM 15.90), dan Pulut Hitam Cookies, yang dijual berasingan. Mereka juga turut menawarkan set hamper Ramadhan atau Raya yang sesuai untuk dijadikan hadiah.

Waktu Penghantaran: 3 hari berkerja

Kawasan Penghantaran: Seluruh Malaysia (termasuklah Sabah dan Sarawak), Singapura, Hong Kong, dan Dubai!

Caj Penghantaran:

  • Semenanjung: Percuma untuk tempahan lebih RM 50, DAN di kawasan dibawah poskod ini. Untuk tempahan bawah RM 50, dan bukan di kawasan-kawasan poskod tersebut, caj Rm 5.50 dikenakan untuk setiap penghantaran.
  • Sabah & Sarawak: Caj bergantung kepada berat tempahan

Bagi pengguna baru, diskaun RM 10 diberi untuk tempahan pertama.

The Rebellious Chickpea

Juadah berkhasiat terus ke meja anda!

Jika anda inginkan hidangan makanan berkhasiat seperti Kampung Chicken Braised with Chinese Mushrooms and Brown Rice, Roasted Squash Salad, Beef Kimchi Pie, anda boleh cuba perkhidmatan dari The Rebellious Chickpea ini.

Hidangan yang ditawarkan bukan sahaja berkhasiat, ia juga menyelerakan! Selain itu, mereka menyediakan hidangan berbeza setiap minggu. Rujuk Facebook atau Instagram mereka (@therebelliouschickpea) dan hantar pesanan sebelum 6 petang. Harga setiap menu sekitar RM 16, dan semua hidangan tersebut menggunakan bahan-bahan dari sumber yang Halal.

Setakat ini, mereka telah mengeluarkan menu untuk minggu pertama Ramadhan, dengan waktu penghantaran antara jam 4 hingga 5 petang.

Tempahan: Whatsapp 0177452137 sebelum 6 petang untuk membuat Tempahan keesokan harinya.

Kawasan penghantaran: Bangsar, Bangsar South, Brickfields, Bukit Bintang, Bukit Damansara, Bukit Tunku, Damansara Town Centre, Dang Wangi, Dutamas, Imbi, Jalan Ampang, Jalan Duta, Jalan Hang Tuah, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Pahang, Jalan Raja Chulan, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur City Centre, KL Sentral, Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat, Kepong, Keramat A1-AU5, Kota Damansara, Kuchai Lama, Masjid Jamek, Mid Valley, Taman Maluri, Taman U-Thant, Titiwangsa, Mont Kiara, Pasar Seni, Pudu, Segambut, Semarak, Sentul, Sri Hartamas

Caj penghantaran: Percuma dengan tempahan minima RM 50 untuk kawasan terpilih.

Hubungi: Allison di 012 695 3803 atau email [email protected]

*gambar dari Facebook dahmakan

Dahmakan.com

Antara servis penghantaran makanan yang popular, servis ini menawarkan 4 jenis juadah untuk berbuka. Harga makanan ialah sekitar RM 20 hingga RM 23, dengan menu seperti Creamy Chicken Stroganoff, Teriyaki Chicken Thigh, Stuffed Baked Chicken Breast dan juga Palak Paneer untuk golongan vegetarian.

Jika anda ingin membuat tempahan dalam jumlah yang banyak, Dahmakan turut menawarkan pakej berikut:

RM99 untuk 5 pek (RM19.80 satu pek)

RM379 untuk 20 pek (RM18.95 satu pek)

RM899 untuk 50 pek (RM17.98 satu pek)

Tiada tarikh tamat untuk pakej ini, jadi anda boleh membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja. Chef dan hamper semua staf dapur mereka Muslim, jadi anda boleh mendapat jaminan tiada daging khinzir dan alkohol digunakan.

Tempahan: Waktu tempahan antara 4.30 petang hingga 8.30 malam

Kawasan tempahan: Sekitar Kuala Lumpur, Puchong, Selangor dan Putrajaya. Lawati laman web mereka untuk mengetahui samada mereka membuat servis penghantaran di kawasan anda ataupun tidak.

Caj Penghantaran: PERCUMA, tanpa tempahan minima.

Hubungi: 012 526 0774 atau [email protected]

Dish by Ili

Berbuka dengan tiffin!

Dish by Ili menawarkan hidangan dalam set tiffin. Pakej Ramadhan Tiffin mereka tahun ini  berharga   RM150 (tidak termasuk penghantaran), untuk 6 orang, termasuk kurma dari Mekah, dengan 2 hidangan protein utama, dan 2 hidangan vegetarian sampingan. Jenis hidangan akan bertukar setiap 2 minggu, dan antara juadah yang akan ditawarkan ialah:

  • Ayam Masak Kicap
  • Telur itik masak lemak chili padi
  • Ayam masak merah
  • Terung Tempeh Masak Kicap Chili Padi
  • Sotong Garam Chili Kering
  • Chicken Tagine
  • Asam Pedas Ikan
  • Ikan Sumbat

Jika anda inginkan pencuci mulut, anda boleh pesan set brownies tower (RM 45 atau RM 75), friands limau nipis (RM 80/ 18 potong) dan juga tartlets mini pulut hitam (RM 70 / 24 potong)

Untuk membuat pesanan, daftar akaun di http://goodwillandeats.oddle.me/ jika anda tidak mempunyai akaun, ataupun gunakan akaun Facebook anda.

Tempahan: Isnin – Jumaat,  3 petang hingga 5 petang

Kawasan tempahan: Kawasan terpilih sekitar Lembah Klang.

Caj Penghantaran: Bergantung kepada pesanan dan kawasan tempahan.

Hubungi: 017 300 5066 atau [email protected]

Mammam

Untuk juadah kegemaran rakyat Malaysia

Selain nama yang unik, Mammam membolehkan anda membuat pesanan makanan yang kebiasaannya sukar untuk dipesan melalui pesanan segera.

Sama seperti laman penghantaran makanan yang lain, sistem pesanan Mammam ringkas dan mudah untuk digunakan. Hanya cari makanan yang anda ingin pesan, dari hidangan Melayu, Cina, India, Thailand, Vegetarian, dan lain-lain. Laman web Mammam akan menyenaraikan hidangan yang boleh anda pesan, masukkan alamat kemudia sediakan bayaran anda.

Mammam juga mempunyai aplikasi mudah alih untuk memudahkan pesanan.

Tempahan: Dalam tempoh 90-120 minit selepas tampahan. Tempahan boleh dibuat setiap hari, 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Anda juga boleh membuat tempahan seawall 2 hari.

Kawasan tempahan: Sekitar Lembah Klang. Anda boleh rujuk laman web mereka sewaktu membuat tempahan.

Caj Penghantaran: PERCUMA dan semua harga yang disenaraikan termasuk caj 6% GST.

Hubungi:  1800 88 6266

Mutiara Food Delivery Service (Servis untuk Iftar)

Mutiara Services merupakan servis terbaru dalam senarai ini. Untuk bulan Ramadhan ini, terdapat dua set yang boleh dipesan iaitu:

Set Bujang (RM8 hingga RM 10) dengan nasi

Kombo Keluarga (RM19.90) tanpa nasi

Menu yang dipesan berbeza setiap minggu, jadi anda boleh rujuk laman Facebook mereka untuk mengetahui menu pada minggu tersebut. Anda boleh pilih hidangan seperti ayam masak lemak, daging goreng kunyit, ayam goreng berempah, dan banyak lagi.

Tempahan: Isnin – Jumaat, 4 petang – 6 petang. Waktu terakhir untuk membuat tmpahan ialah sebelum 12 tengah hari.

Kawasan tempahan: Sungai Penchala, TTDI, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Kota Damansara, Kayu Ara, Bangsar, Kelana Jaya, Petaling Jaya

Caj Penghantaran: PERCUMA

Hubungi:   017 629 9684

Yumcious

Yumcious berkerjasama dengan beberapa orang Chef, yang dikenali sebagai Cook Partner. Setiap Cook Partner akan menawarkan beberapa menu yang boleh dipesan melalui portal laman web Yumcious. Misi mereka ialah untuk mewujudkan komuniti pencinta makanan dan hanya memilih Cook Partner yang beroperasi dari rumah, lantas mewujudkan platform untuk mereka mewujudkan perniagaan sendiri.

Menu mereka termasuklah Shawarma (RM10), Aglio Olio dengan Udang (RM6.70), dan Udang Asam Jawa (RM16.90)

Tempahan: Isnin – Jumaat, 4 petang –7 petang, untuk makan malam. Tempahan boleh dibuat seawal 5 hari.

Kawasan tempahan: Ampang (Kuala Lumpur), Bangsar, Bangsar South, Brickfields, Bukit Bintang, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Bukit Tunku, Brickfields, Chow Kit, Damansara Town Centre, Dang Wangi, Kuala Lumpur City Centre, Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat, Mid Valley, Mont Kiara, Pudu, Segambut, Semarak, Sentul Raya, Setapak, Setiawangsa, Sri Hartamas, Taman U-Thant, Titiwangsa dan Wangsa Maju.

Caj Penghantaran: PERCUMA

Hubungi:    013 398 9633 or [email protected]

Goodwill & Eats

Goodwill & Eat merupakan servis penghantaran makanan yang menawarkan makanan yang lazat dan menyelerakan dalam bekas tiffin. Mereka juga turut menawarkan servis katering untuk majlis. Servis ini diasaskan oleh Dish by Ili dan Root Cellar KL.  Juadah yang anda tempeh bakal dimasak dari dapur Dish by Ili dan Root Cellar KL. Anda boleh mengambil sendiri makanan anda di alamat tersebut: 149, Jalan Limau Manis, Bangsar Park, 59000 KL, Kuala Lumpur.

Tempahan: tempahan perlu dibuat sebelum 3.00 petang untuk pesanan keesokan harinya, dengan bayaran perlu dibuat sbelum 5.00 petang. Penghantaran akan dibuat antara 4.00 hingga 6.30 petang.

Kawasan tempahan: Sekitar Lembah Klang.

Hubungi:  017 300 5066

Pappa Delivery

Servis penghantaran  makanan berkualiti sekitar Lembah Klang, yang memberi focus hidangan seperti Nasi, Mi, Hidangan Barat, Snek, Roti, dan juga Minuman. Jika anda peminat PappaRich, hidangan-hidangan ini sudah tentu tidak asing bagi bagi anda kerana kebanyakan menunya datang dari PappaRich.

Antara hidangan yang boleh dipesan ialah Nasi Lemak, Nasi Ayam Hainan, Chicken Chop, Laksa Kari, Kway Teow, dan  pebagai jenis Roti dari Naan hinggalah Roti Bakar dengan Kaya. Anda boleh pergi ke laman web mereka untuk mengetahui juadah-juadah lain yang turut dijual.

Servis penghantaran ini dijamin Halal, dan turut menawarkan pilihan untuk Vegetarian.

Tempahan: Sehingga 90 minit, dari waktu pesanan dibuat. Pesanan terakhir perlu dibuat sebelum 8 malam.

Kawasan tempahan:  Ampang, Bangsar, Bukit Jalil, Jalan Ipoh, Jinjang, Kepong, Sentul, Setapak, Sungai Buloh, Wangsa Maju, Ara Damansara, Bandar Utama, Batu Caves, Cheras, Damansara, Gombak, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selayang

Caj Penghantaran: RM 5, dengan pesanan minima RM 15. Tiada GST dikenakan.

Hubungi:  018 982 1818

Lihat juga: Senarai Buffet Ramadhan 2017

The post Servis Penghantaran Makanan Bulan Ramadhan 2017 appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

Servis Penghantaran Makanan Bulan Ramadhan 2017

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×