Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

6 Sebab Anda Tidak Perlukan Kereta di Malaysia

Walaupun tajuk artikel ini kelihatan agak pelik, namun untuk ke mana sahaja, terutamanya di bandar seperti KL, Pulau Pinang, dan Johor Bharu, anda sebenarnya tidak perlu memiliki Kereta. Golongan millennial di Malaysia mungkin belum sedar bahawa memiliki kenderaan bukan lagi trend, sama seperti memiliki hartanah bukan lagi trend juga.

Untuk mencapai matlamat bebas kewangan, semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk tidak Memiliki Kereta dan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam atau alternatif mesra alam yang lain.

Dahulu, amat sukar untuk memikirkan hidup tanpa memiliki kereta. Kini, dengan tambahan stesen LRT serta projek MRT yang telah dan  juga sedang dibina, rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan. Ini memudahkan rakyat Malaysia untuk menyimpan wang dan tidak memohon pinjaman bank untuk membeli kenderaan.

Dalam artikel ‘Nasi Lemak Index’, kita boleh melihat bagaimana kuasa membeli graduan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Ia juga diramalkan akan berkurangan sehingga 2021. Ini bermakna, anda perlu merancang kewangan anda dengan teliti bagi mengelakkan diri anda terperangkap dalam beban hutang.

Kami akan senaraikan 6 sebab anda boleh dan perlu untuk menangguhkan hasrat membeli kereta yang mungkin anda sangka sesuatu kepeluan (tetapi ia diluar kemampuan anda).

1.Pengangkutan awam kita semakin meningkat

MRT Fasa 1 aliran Sungai Buloh – Kajang telah mula beroperasi pada 16 Disember 2016 dengan stesen di Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Datuk Ismail, Phileo, Pusat Bandar Damansara dan Semantan, untuk harga kurang dari RM 5. Sebagai contoh, dengan hanya RM 150, anda boleh berulang-alik dari Kelana ke KLCC atau Puchong Jaya ke Stesen Hang Tuah untuk tempoh sebulan, atau destinasi lain yang sama nilai.

Untuk pengetahuan anda, MyRapid yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia Bhd merupakan antara pengendali utama pegangkutan awam di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan dan Kamunting. Bandar besar seperti Johor dan Pulau Pinang telah mula merancang pelan pengangkutan awam utama, oleh itu ianya pasti tidak mengambil masa yang lama untuk negeri lain mengambil langkah yang sama. Pengangkutan awam yang berkesan bukan sahaja di bandar utama malah antara bandar semestinya dialu-alukan kerana ianya secara tidak langsung bakal menambahbaik pergerakan tenaga kerja (labour mobility) dan ekonomi negara.

2.Meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income)

Pada bulan Mei 2016, The Sun melaporkan bahawa satu dari empat kes muflis di negara ini adalah disebabkan kegagalan untuk membayar pinjaman kenderaan. Dengan statistik yang menunjukkan kadar muflis dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 25 – 34 tahun merupakan 22.52% dari kes muflis seluruh negara, jelas menunjukkan masih ramai lagi golongan millennial yang  kurang mengambil berat tentnag kepentingan merancang perbelanjaan dalam lingkungan kemampuan mereka, dan bakal terdedah dengan risiko muflis.

Jika anda tinggal di bandar besar dengan banyak pilihan pengangkutan awam, penjimatan yang anda bakal lakukan adalah lebih banyak dari apa yang anda jangkakan. Sebagai contoh, sebuah Perodua Axia memerlukan ansuran bulanan sebanyak RM450 (selama 9 tahun), RM1500 untuk servis penyelenggaraan dan insurans (tahunan), dan juga anggaran RM250 untuk petrol dan tempat letak kenderaan (sebulan). Ia bermakna jumlah sebanyak RM 825 sebulan, dan kos ini akan meningkat jika anda menggunakan kereta yang perlukan penjagaan kerap atau yang berjenama, seperti Toyota Vios, BMW atau Audi.

Nasihat kami? Golongan millennial seharusnya fokus terhadap kurangkan hutang sebaliknya untuk mengecapi kebebasan kewangan.

3. Gunakan basikal atau motosikal

Selain menggunakan kereta yang juga akan memudahkan anda untuk bergerak kemana-mana, basikal atau motosikal juga akan membantu anda untuk bergerak selain mengelak kesesakan lalu-lintas. Dan yang paling penting, ianya lebih murah dari memiliki kereta.

Contohnya, model terbaru motosikal Honda EX5 Dream dijual dengan harga antara RM 4299 ke RM 4599, dan biasannya menggunakan minyak kurang dari RM100 sebulan. Anda juga tidak perlu membayar tol dan kadang kala, tempat meletak kenderaan.

Jika anda tinggal berdekatan dengan pejabat atau sekolah, menggunakan basikal boleh membantu anda untuk lebih berjimat. Dengan RM 1000, anda sudah boleh memiliki sebuah basikal yang berkualiti di Lazada. Selain membantu untuk mengurangkan pencemaran udara, tahukah anda bahawa menunggang basikal dalam tempoh sejam boleh membakar sehingga 500 kalori.

4.Gunakan servis perkongsian kenderaan.

Servis perkongsian kenderaan seperti Uber atau Grab telah giat berkembang di bandar Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Kedua-dua penawar servis ini juga kerap mengadakan kod baucer bagi penguna untuk menikmati diskaun. Kadar yang dikenakan juga berpatutan. Malah, anda tidak perlu lagi menunggu di tepi jalan untuk menunggu teksi kerana dengan servis ini anda akan dijemput di tempat yang anda tetapkan.

5. Servis menyewa kenderaan

Servis menyewa kenderaan masih lagi melalui proses untuk berkembang di Malaysia, walaupun terdapat individu yang menawarkan servis ini secara sambilan. Salah satunya ialah GoCar, servis dari TJ Tan and Tan Chong Motor Sdn Bhd. Anda boleh menyewa kereta (dari RM 99 sehari untuk kereta Nissan Almera. Kadar sejam turut disediakan berdasarkan keperluan anda, dari berjalan-jalan bersama keluarga ke menghadiri mensyuarat di luar negeri. Semua ini boleh dilakukan tanpa perlu memikirkan kos yang tinggi untuk memiliki kereta.

6. Untuk hidup yang lebih ‘hijau’!

Usaha mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) bukan suatu perkara yang baru. Agenda ini telah menjadi keutamaan pelbagai organisasi dan pakar penjagaan alam sekitar, terutamanya sejak kebelakangan ini. Menurut Akta Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, satu kenderaan boleh membebaskan sekitar 4.7 tan metrik karbon dioksida setahun. Jadi, jika anda boleh menggunakan alternatif yang lebih mesra alam sekitar, seperti berbasikal dan berkongsi kenderaan, inilah masanya.

Tidak salah untuk memiliki kenderaan. Namun, jika anda teliti kemampuan kewangan anda serta pilihan yang ada, memiliki kereta mungkin bukan merupakan satu keperluan. Anda boleh gunakan lebihan wang tersebut untuk simpanan serta pelaburan.

CompareHero.my sentiasa berusaha untuk memupuk kefahaman kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Bandingkan produk kewangan (kad kredit, pinjaman peribadi serta internet jalur lebar) dengan mudah dan percuma di CompareHero.my!

Save

Save

The post 6 Sebab Anda Tidak Perlukan Kereta di Malaysia appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

6 Sebab Anda Tidak Perlukan Kereta di Malaysia

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×