Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

20 Laman Web Untuk Bantu Anda Jimat Duit

Anda ingin ambil kesempatan teknologi internet untuk jimatkan kewangan anda tetapi tidak tahu dimana untuk bermula? Jangan risau, kami senaraikan 20 Laman Web yang boleh membantu anda untuk jimatkan duit.

MilkADeal

MilkADeal memeberikan rebat tunai apabila anda membuat pembelian melalui Laman web mereka. Dengan pelbagai kategori yang ditawarkan, anda pasti akan mendapat lebih penjimatan tidak kira apa jua gaya perbelanjaan anda.

Lazada

Jika anda sedang merancang untuk membeli telefon pintar, komputer, atau apa sahaja peralatan elektronik, anda harus lawati laman web e-dagang ini. Ianya menawarkan ratusan produk dengan potongan harga istimewa. Selain itu, anda boleh menikmati diskaun berganda dengan kod baucer dan promosi jangka pendek yang sering diadakan.

Laman web ini menawarkan pelbagai jenis produk. Tambahan pula, jika anda khuatir dengan keselamatan pembayaran atas talian, Lazada turut mempunyai alternatif Cash On Delivery.

KL Book Exchange

Berita baik bagi mereka yang gemar membaca! Anda tidak perlu lagi berbelanja besar untuk mendapatkan buku kegemaran anda. KL Book Exchange menawarkan khidmat tukaran buku secara percuma pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan di Wisma TM, Taman Desa. Anda hanya perlu membawa buku-buku kepunyaan anda untuk ditukarkan.

Mereka juga mengadakan servis yang sama di Pulau Pinang! Jangan lupa untuk melawat laman Facebook dan laman web mereka untuk perkembangan terkini.

Savepot Malaysia

Anda mempunyai barang kepunyaan yang anda tidak ingin lagi tetapi masih dalam keadaan elok? Melalui tab BarterIt, pengunjung boleh mengiklankan barangan yang ingin ditukar, seperti sistem barter. Anda boleh dapatkan apa sahaja, dari barangan keperluan harian, pakaian, kupon dan peralatan rumah.

Laman web ini juga mempunyai tab SaveIt, yang memmberikan maklumat percuma mengenai potongan harga, baucer dan diskaun dari peniaga seluruh Malaysia.

Love Home Swap

Anda pernah menonton filem The Holiday? Jika ya, anda tentu dapat agak apa yang ditawarkan laman web in. Laman web ini membolehkan anda untuk bertukar rumah dengan lebih 80,000 ahli dari seluruh dunia. Anda hanya perlu daftar kediaman anda (yuran pendaftaran dikenakan dari USD$20), pilih rumah yang anda inginkan dan anda bakal dihubungkan dengan pemiliknya.

Ianya satu alternatif yang bagus untuk menjimatkan perbelanjaan jika anda ingin bercuti, dan ini juga peluang unuk anda mengenali budaya tempatan dengan lebih dekat.

Mudah.my

Laman web ini membantu anda untuk menjual dan membeli barangan baru atau terpakai dengan harga yang lebih rendah berbanding di kedai. Anda boleh mencari dan membeli apa sahaja di laman web ini.

Namun begitu, seperti laman web jualan atas talian yang lain, risiko penipuan tetap wujud. Kami nasihatkan anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lengkap sebelum melakukan pembelian dan pembayaran.

Rasa Malaysia

Laman web ini membantu anda yang ingin menyediakan makanan sendiri dan memasak di rumah bagi menjimatkan perbelanjaan. Resepi yang ditulis dalam Rasa Malaysia disediakan dengan bahan dan harga yang berpatutan.

Selain itu, jangan lupa untuk berkunjung ke tab ‘Giveaway’ dan anda berpeluang untuk memenangi perkakas dapur setiap hari!

FreePrintable

Anda boleh cetak apa sahaja, dari kad ucapan, kalendar, halaman mewarna, dan banyak lagi secara percuma. Laman web ini juga boleh membantu ibu bapa dengan anak yang masih kecil kerana ia turut menyediakan aktiviti serta permainan yang boleh dicetak.

AirBnB

Laman web ini membantu anda untuk mencari kediaman ketika bercuti di seluruh dunia pada harga yang berpatutan. Ia seperti homestay, tetapi dengan lebih banyak pilihan kediaman menarik yang anda boleh pilih.

Duolingo

Anda berhasrat untuk belajar bahasa baru tetapi khuatir dengan kos yang tinggi? Laman web ini ada penyelesaiannya! Ia menawarkan pelbagai bahasa yang diajar secara interaktif di laman web serta aplikasi telefon pintar secara percuma.

Codecademy

Dengan pelancaran Jom Belajar Koding baru-baru ini, anda mungkin bersemangat untuk turut belajar. Jika anda tidak tahu bagaimana dan dimana hendak memulakan pelajaran, lawati laman web Codeacademy ini. Laman web ini menawarkan pembelajaran koding secara percuma, dengan kelas untuk 9 bahasa pemprograman yang diajar bukan sahaja untuk pelajar baru, bahkan juga golongan professional.

Khan Academy

Satu lagi laman web pembelajaran percuma dalam senarai ini ialah Khan Academy yang menawarkan kursus dalam talian secara percuma meliputi subjek seperti Matemati, Sejarah, Seni dan banyak lagi. Anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar lain dari seluruh dunia.

Hermo

Laman web Hermo menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit dan kecantikan pada harga yang murah, dan juga tawaran diskaun setiap hari untuk anda.

Sky Scanner

Laman web ini amat terkenal dikalangan backpackers. Ia mempunyai fungsi untuk membandingkan harga tiket penerbangan untuk hampir semua destinasi seluruh dunia. Anda tidak perlu lagi berkunjung ke laman web syarikat penerbangan satu persatu. Sky Scanner juga turut menawrkan khidmat perbandingan penginapan serta kereta sewa.

Rent a Dress

Laman ini ialah penyelamat kepada para wanita yang inginkan busana bergaya namun kesempitan bajet. Rent a Dress turut aktif menawarkan hadiah-hadiah serta potongan harga bagi menyewa baju melalui lamannya.

Glasses Online

Bagi mereka yang berkaca mata, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke laman web ini! Ia menjual kaca mata dengan rekaan moden dan menarik pada harga yang berpatutan. Produk yang dijual ialah 100% asli, dengan 12 bulan waranti serta kos penghantaran percuma.

Savers Hub

Kunjungi laman web ini segera sekiranya anda inginkan penjimatan keatas perbelanjaan keperluan harian. Savers Hub membantu anda untuk membandingkan harga pelbagai barangan keperluan harian, dari makanan dan kelengkapan dapur di pusat membeli belah di kawasan anda. Pihak Savers Hub akan memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat outlet yang menjual barang keperluan pada harga yang termurah.

Deals Malaysia

Laman web ini mempromosikan tawaran-tawaran potongan harga dan diskaun untuk pelbagai barangan, termasuklah pakaian, makanan, alat elektronik, dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin mejimatkan wang, anda boleh melawat laman web ini untuk dapatkan penjimatan wang untuk berbagai barangan.

Fitness Blender

Anda tidak perlu lagi mengikat perut semata-mata untuk membayar yuran keahlian gymnasium bagi memulakan gaya hidup yang aktif! Laman web ini memuatnaik video senaman serta pelan pemakanan peribadi secara percuma.

Groupon

Dari baucer restoran serta diskaun untuk pemeriksaan kesihatan, laman web terkenal ini menawarkan potongan harga serta tawaran-tawaran hebat. Diskaun dan tawaran yang diberikan dikemaskini setiap hari, jadi anda pasti akan menemui sesuati yang menepati citarasa serta bajet anda.

The post 20 Laman Web Untuk Bantu Anda Jimat Duit appeared first on Financial News, Reviews and Advice.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

20 Laman Web Untuk Bantu Anda Jimat Duit

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×