Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Kemaskini Berkaitan Sukan Olimpik Rio

Google melalui halaman carian mereka, sedia memudahkan pengguna menemui pelbagai kandungan dan Mengikuti Kemaskini semasa – sebagai contoh, skor Sukan. Terkini, bersempena dengan Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Rio de Jenairo, Brazil, pihak Google telah mengumumkan beberapa ciri-ciri baru pada laman mereka.

Bermula hari ini, pengguna boleh membuat carian informasi berkaitan dengan sukan Olimpik pada laman carian Google, dan anda akan diperlihatkan dengan pelbagai informasi – termasuk maklumat bilakah sesuatu sukan akan berlangsung, atlet yang terlibat, skor semasa, malah turut mengetahui kedudukan mata semasa mengikut negara.

Disamping hanya info berbentuk teks, pengguna juga turut boleh mengikuti kemaskini acara dalam video melalui YouTube. Google menjayakan perkara ini dengan kerjasama lebih 60 penyiar daripada lebih 60 negara yang akan memuat-naiknya pada YouTube.

Dan akhir sekali, dalam mendapatkan semangat Rio de Jenairo, kini anda turut boleh melawat pelbagai stadium di Google Street View bermula hari ini.

Lawat : Google Street View Rio de Jenairo



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Kemaskini Berkaitan Sukan Olimpik Rio

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×