Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asus Zenbook 3, Transformer 3 Dan Transformer 3 Pro Dijangka Ke Malaysia Pada Suku Ketiga 2016

Asus hari ini telah memperkenalkan beberapa Komputer Riba baru bersempena dengan Computex, termasuk Zenbook 3, Transformer 3 dan juga Transformer 3 Pro. Berkongsi lanjut mengenainya, wakil Asus Malaysia mengatakan ketiga-tiga komputer riba berkenaan akan hadir ke pasaran Malaysia pada suku ketiga 2016 ini.

Asus Zenbook 3 merupakan komputer riba paling nipis, ringan dan berkuasa daripada Asus. Ia hanya setebal 11.9mm dan seberat 910 gram sahaja. Komputer Riba Ini dilengkapi skrin 12.5-inci, dan menawarkan spesifikasi sehingga Intel Core i7, memori 16GB RAM dan ruangan storan sehingga 1TB SSD. Komputer riba ini turut dilengkapi sokongan pengimbas jari dan hadir dengan port USB Type-C. Ia menawarkan masa bertahan bateri sehingga 9 jam dan turut menawarkan pengecasan pantas sehingga 60% dalam masa 49 minit.

Asus Transfomer 3 Pro pula merupakan peranti dengan rekaan dua-dalam-satu seumpama Surface. Ia hadir dengan rekaan kickstand yang boleh dilaraskan sehingga 170-darjah, dan disertakan bersama Asus Transformer Cover Keyboard yang mana merupakan papan kekunci backlit dengan pilihan beberapa warna berbeza. Komputer bersaiz 12.6-inci ini hadir dengan paparan resolusi 2880×1920 pixel, dan menyertakan spesfikasi terkini sehingga Intel Core i7, storan 1TB SSD, memori 16GB RAM, dan sokongan USB Type C serta Thunderbolt 3. Kamera hadapan pada Asus Transformer 3 Pro ini turut menawarkan sokongan pengecaman wajah melalui penggunaan Windows Hello. Untuk kuasa tambahan, pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada ROG XG Station 2.

Asus Transformer 3 pula menawarkan rekaan yang sama seperti Asus Transformer, tetapi hadir dengan menggunakan cip Intel Core generasi ketujuh, memori 8GB RAM, dan storan 512GB SSD.

Asus Malaysia masih tidak berkongsi mengenai harga jualan dan tarikh ia bakal di pasarkan di Malaysia. Mereka menyasarkan ia akan hadir ke pasaran tempatan sekitar suku ketiga 2016 ini dan diperkenalkan secara berperingkat satu demi satu.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Asus Zenbook 3, Transformer 3 Dan Transformer 3 Pro Dijangka Ke Malaysia Pada Suku Ketiga 2016

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×