Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Peace Mobile 2 – Telefon Pintar Islam Dari Dr Zakir Naik

Dr Zakir Naik ialah penceramah bebas yang dihormati di seluruh dunia. Beliau mengembangkan syair menggunakan sains dan gemar menjawab soalan-soalan maut yang ditujukan ketika sesi ceramah beliau. Dr Naik kini menghasilkan sebuah lagi telefon pintar yang dinobatkan paling Islam sejati Peace Mobile 2. Peranti ini mempunyai 100 imej latar belakang bermotifkan Islam, 80 jam kandungan syarahan beliau dan 200 nada dering yang mematuhi syarak. Aplikasi waktu solat terbina tanpa perlu dimuat turun.

Peace-Mobile-2-1Dari segi spesifikasi peranti Android Jelly Bean ini mempunyai skrin 5″ IPS LCD dengan resolusi 540×960 pixel, pemproses 1.3 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte. Kad mikroSD sebesar 32 Gigabyte disertakan. Dari segi optik pula Peace Mobile 2 mempunyai kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 0.3 Megapixel. Bateri sebesar 2000 mAh digunakan bagi menguasai peranti. Peranti ini juga hanya menyokong rangkaian 3G tetapi menurut pengeluar mampu digunakan di kesemua rangkaian di dunia. Harga jualan pula ialah $249.95 (~RM 1020).

Peranti ini mempunyai spesifikasi yang amat zuhud. Kepada yang lebih mementingkan kandungan agama untuk memenuhi kekosongan rohani ini ialah peranti yang sesuai untuk anda. Harganya mungkin sedikit mahal tetapi ianya kos yang kecil untuk memastikan ketenangan jiwa dan pada waktu yang sama memewahkan kapitalis agama.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Peace Mobile 2 – Telefon Pintar Islam Dari Dr Zakir Naik

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×