Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Levi’s Akan Memasarkan Jaket Pintar Berasaskan Google Project Jaquard Pada 2017

Pada Google I/O yang lepas, Google telah memperlihatkan Project Jacquard yang membawa integrasi sensor dan elektronik terus ke dalam kain. Kini, pada Google I/O 2016 pula, Google memperluaskannya, dan rakan kerjasama Google, Levi’s telah pun mengumumkan baju jaket Project Jacquard yang akan dipasarkan pada tahun hadapan.

Dinamakan sebagai Levi’s Commuter, ia akan hadir dengan beberapa sensor terbina untuk Memudahkan Pengguna membuat kawalan ketika berbasikal atau membuat beberapa perkara lain. Sensor padanya termasuk akan memudahkan pengguna mengetahui kedudukan semasa, mengawal lagu yang dimainkan, termasuk mengawal panggilan yang diterima.

Pakaian ini boleh dibasuh tanpa sebarang masalah dan tidak merosakkan sebarang sensor yang hadir terbina padanya.

Selain Levi’s, beberapa rakan kerjasama lain turut dijangka hadir dalam pelbagai jenis pakaian yang lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Levi’s Akan Memasarkan Jaket Pintar Berasaskan Google Project Jaquard Pada 2017

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×