Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Porsche APAC Dan Shell Bekerjasama Untuk Membangunkan Lokasi Pengecasan EV Di Malaysia Dan Singapura

Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik masih lagi berada pada tahap yang rendah, tetapi dengan syarikat-syarikat seperti MyKar yang berhasrat untuk membangunkan kenderaan EV tempatan yang mampu milik, mungkin masanya sudahpun tiba untuk kita membangunkan infrastruktur yang menyokong penggunaan kenderaan tersebut.

Porsche Asia Pacific, bersama-sama dengan syarikat minyak Shell baru-baru ini telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan sistem Pengecasan kenderaan elektrik di enam lokasi stesen minyak Shell di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di Malaysia dan juga lokasi-lokasi di Singapura.

Melalui perjanjian ini, ia turut dilaporkan bahawa Sistem Pengecasan EV ini akan boleh mula digunakan di empat lokasi terpilih pada penghujung tahun ini, dan dua lagi lokasi tambahan sekitar tahun hadapan.

Dari segi sistem pengecasan elektrik yang akan digunakan, Porsche dilaporkan akan memasang pengecas arus terus (DC) 180kW yang menggunakan penyambung pengecasan CCS Type 2 yang mampu mengecas sebuah kereta elektrik pada kadar 180kW ataupun dua kenderaan serentak pada kadar 90kW.

Menurut Porsche lagi, kenderaan-kenderaan elektrik yang menyokong pengecasan ini boleh mengecas kenderaan mereka dari kosong ke 80 peratus dalam masa sekitar 30 minit. Dalam pada itu, apabila sistem pengecasan ini tiba, pengguna kenderaan elektrik boleh menempah lokasi dan masa pengecasan, dan akan menerima diskaun apabila membeli makanan dan minuman di kedai Shell Select.

Perjanjian untuk Membangunkan Lokasi Pengecasan EV ini adalah tambahan kepada lokasi pengecasan yang telahpun diperkenalkan di lokasi Porsche Center Ara Damansara dan yang akan dibangunkan di Porsche Center Johor Bahru tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Porsche APAC Dan Shell Bekerjasama Untuk Membangunkan Lokasi Pengecasan EV Di Malaysia Dan Singapura

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×