Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ARM Melancarkan Senibina ARMv9 – Peningkatan Sekuriti, Kecerdasan Buatan Dan Sokongan Ray Tracing

Selepas hampir sedekad diumumkan, senibina ARMv8 yang digunakan pada cip ARM semasa bakal digantikan dengan ARMv9 bermula tahun ini. Senibina baharu ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan, kemampuan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan grafik.

Dua teras pertama yang akan menggunakan senibina ARMv9 ialah Matterhorn dan Makalu yang akan dilancarkan tahun ini. ARM berkata Makalu akan menawarkan peningkatan prestasi sehingga 30% berbanding Cortex-A78 dan Cortex-X1 yang diumumkan tahun lalu. Makalu juga akan menjadi teras pertama Cortex-A yang tidak akan menyokong perisian 32-bit.

ARMv9 juga akan memperkenalkan Confidential Compute Architecture (CCA). Sistem sekuriti terbina perkakasan ini menghasilkan persekitaran selamat untuk aplikasi beroperasi yang diberi nama Realms. Apabila beroperasi di dalam Realms, kod dan data tidak boleh diakses oleh sistem operasi sekalipun bagi memastikan isu kerentanan sistem operasi tidak akan membahayakan data pengguna.

Sebelum ini ARM bekerjasama dengan Fujitsu dalam pembangunan teknologi Scalable Vector Extension (SVE) yang kemudiannya digunakan pada adikomputer terpantas dunia iaitu Fugaku. Pada ARMv9, SVE2 diperkenalkan untuk meningkatkan kemampuan pembelajaran mesin (ML) dan pemprosesan isyarat digital (DSP) generasi akan datang. Cip generasi ini akan mempunyai kemampuan memproses ML secara terbina untuk memproses imej dan mengawal aplikasi berhubung di rumah. Peningkatan kemampuan kecerdasan buatan juga dapat dinikmati menerusi GPU Mali dan NPU Ethos mereka.

Dari segi kemampuan grafik pula, cip Mali yang menggunakan senibina ARMv9 akan menyokong ray tracing dan  variable rate shading (VRS) secara terbina. Ray tracing ialah ciri paling hangat sejak dua tahun kebelakangan ini dengan penggunaan lebih meluas di konsol. Kelak ia turut boleh dinikmati pada peranti mudah alih.

Sebanyak 100 billion peranti menggunakan cip ARMv8 sejak lima tahun yang lalu. Dengan penggunaan ARMv9, ARM menyasarkan 300 bilion peranti akan menggunakan senibina ini untuk dekad mendatang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ARM Melancarkan Senibina ARMv9 – Peningkatan Sekuriti, Kecerdasan Buatan Dan Sokongan Ray Tracing

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×