Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ASUS Malaysia Bakal Melancarkan Tiga Lagi Laptop Gaming Berkuasa Pada Bulan April – Harga Bermula RM4699

Pada acara CES 2021, ASUS telah melancarkan sejumlah besar Komputer Riba yang dikuasakan cip pemprosesan dan kad grafik terbaru keluaran AMD, Intel dan juga NVIDIA. Terkini, ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk tiga lagi siri komputer riba gaming dibawah jenama The Ultimate Force dan juga Republic of Gamers.

Ini termasuklah ASUS TUF Dash F15, ROG Strix G15 dan G17 bersama-sama dengan ROG Zephyrus G14 2021. Ketiga-tiga komputer riba gaming ini dikuasakan gabungan siri CPU Intel generasi ke-11, AMD Ryzen 5000 dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000.

Bermula dengan ASUS TUF Dash F15, komputer riba gaming mampu milik ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 144Hz.

Komputer riba ini dikuasakan pilihan CPU Intel Core i5-11300H ataupun Intel Core i7-11370H, memori DDR4 8GB dan 16GB bersama-sama storan SSD NVMe 512GB. Dari segi GPU pula, komputer riba ini dimuatkan dengan NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan memori GDDR6 6GB.

Menurut ASUS Malaysia, ASUS TUF Dash F15 ini akan memasuki pasaran tempatan pada bulan April kelak dengan harga berikut:

  • ASUS TUF Dash F15 (Intel Core i5, 8GB RAM, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM4699
  • ASUS TUF Dash F15 (Intel Core i7, 16GB RAM, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM5499

Beralih kepada ROG Strix G15 dan Strix G17, siri komputer riba gaming ini boleh dikatakan diantara model komputer riba gaming yang premium di pasaran sekarang. ASUS telah mengemaskini komputer riba ini dengan komponen-komponen terbaru, dan ini adalah spesifikasi yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

ROG Strix G15 dan G17 hadir dengan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dan 17 inci yang beresolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz.

Ia dikuasakan dengan CPU AMD Ryzen 9 5900HX dan memori DDR4 sebanyak 16GB. Dari segi storan pula, Strix G15 hadir dengan SSD NVMe bersaiz 512GB, manakala model Strix G17 hadir dengan storan SSD NVMe 1TB. Kedua-dua model ini juga mempunyai slot M.2 PCIe yang boleh digunakan untuk menambah jumlah storan.

Dari segi pilihan GPU pula, kedua-dua model ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 6GB yang cukup berkuasa untuk menggerakkan sejumlah besar permainan komputer moden pada resolusi Full HD dengan kadar segar semula tinggi.

Sama seperti ASUS TUF Dash F15, kedua-dua model ROG Strix G15 dan G17 ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula bulan April kelak pada harga-harga berikut:

  • ROG Strix G15 (AMD Ryzen 9 5900HX, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM5999
  • ROG Strix G17 (AMD Ryzen 9 5900HX, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM6299

ROG Zephyrus G14 diperkenalkan pada tahun lepas sebagai komputer riba gaming nipis dan berkuasa keluaran ASUS. Ia merupakan satu-satunya komputer riba yang hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 9 3900HS yang menjadikannya bukan sahaja sebuah komputer riba berkuasa, tetapi hadir dengan sejumlah ciri-ciri yang membolehkannya digunakan sebagai komputer riba produktiviti dengan jangkahayat bateri yang panjang.

ASUS telah mengemaskini komputer riba ini dengan komponen-komponen baru, tetapi rekaan komputer riba ini rata-rata masih lagi lebih kurang sama apabila dibandingkan dengan sebelum ini. Ia masih lagi hadir dengan paparan IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 120Hz.

Dari segi komponen dalaman, Zephyrus G14 ini telah dikemaskini dengan CPU AMD Ryzen 9 5900HS yang mempunyai lapan teras dan 16 bebenang kuasa, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD NVMe PCIe sebesar 1TB.

Untuk mengekalkan rekaan nipis dan ringan komputer riba ini, Zephyrus G14 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 6GB juga, dan keseluruhan komputer riba ini adalah seringan 1.7kg sahaja. Dari segi rekaan, Zephyrus G14 masih lagi mengekalkan rekaan paparan AniMe Matrix di bahagian belakang paparan dimana pengguna boleh mengubahsuai rekaan logo mengikut sukahati mereka.

Sama seperti dua komputer riba gaming keluaran ASUS sebelum ini, ROG Zephyrus G14 ini akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan April kelak pada harga berikut:

  • ROG Zephyrus G14 – RM6799


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ASUS Malaysia Bakal Melancarkan Tiga Lagi Laptop Gaming Berkuasa Pada Bulan April – Harga Bermula RM4699

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×