Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo Enco X Juga Rasmi Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM699

Seiring pengenalan Oppo Find X3 Pro, jenama ini turut hadir dengan penawaran aksesori audio baharu untuk pengguna di Malaysia – iaitu Oppo Enco X. Ia merupakan TWS mercu daripada Oppo yang padat dengan ciri premium – baik dari segi luaran mahupun dalaman.

Lebih menariknya, Oppo bekerjasama dengan Dynaudio untuk penghasilan fon telinga ini. Bagi yang berminat, fon telinga ini ditawarkan pada harga RM699 untuk seunit. Terdapat tiga pilihan variasi warna menarik yang ditawarkan – iaitu Black, White dan Blue.

Dari segi rekaan, ia menawarkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan pod pengecas yang berbentuk bujur. Menurut Oppo, setiap fon telinga mempunyai rekaan dwi-unit coaxial. Selain itu, ia juga dilengkapi pemandu audio bersaiz 11mm, sebanyak tiga mikrofon disertakan dan menawarkan sokongan pembatalan hingar aktif secara hibrid.

Difahamkan juga, fon telinga ini berfungsi melalui cip dwi-teras dan mempunyai sehingga empat aras pengurangan hingar – termasuklah mod Transparency. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IP54, ketahanan bateri maksimum 25 jam, tambatan pantas, pengecasan secara nirwayar, Bluetooth 5.2 dan banyak lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo Enco X Juga Rasmi Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM699

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×