Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan – Skrin 120Hz, Snapdragon 888 Dan Lensa Kamera Hasselblad

Pasangan peranti mercu pertama Oneplus untuk tahun 2021 akhirnya dilancarkan selepas beberapa minggu ditiriskan spesifikasinya secara perlahan-lahan oleh pihak mereka sendiri. Seperti yang dijangkakan, ia dilengkapi cip Snapdragon 888 dan sistem kamera yang dibangunkan dengan kerjasama Hasselblad.

OnePlus 9 Pro 5G

OnePlus 9 Pro ialah model paling premium tahun ini dengan skrin 6.7″ Fluid AMOLED QHD+ 120Hz, pemproses Snapdragon 888, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri Pula sebesar 4500 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas berwayar 65W Warp Charge yang membolehkan bateri dicas sepenuhnya dalam masa hanya 15 minit dan nirwayar pula dengan kuasa maksimum 50W. Seperti kesemua peranti mercu moden, skrin 120Hz ini adalah dari jenis adaptif.

Kuad kamera utama pula menggabungkan sensor 48MP sudut lebar, 50MP ultra sudut lebar, 8MP telefoto dan 2MP monokrom dengan lensa dari pengeluar kamera terkemuka Hasselblad. Pada bahagian hadapan pula, sebuah kamera 16MP digunakan yang diletakkan dalam sebuah lubang skrin. Sensor 50MP yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan pada Oppo Find X3 Pro tetapi tanpa gimik lensa mikroskop.

OnePlus 9 5G

OnePlus 9 pula ialah model lebih mampu milik dengan skrin 6.55″ Fluid AMOLED FHD+ 120Hz, pemproses Snapdragon 888, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri pula sebesar 4500 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas berwayar 65W Warp Charge yang membolehkan bateri dicas sepenuhnya dalam masa hanya 15 minit dan nirwayar 50W yang mengecas penuh dalam masa 43 minit. Skrin peranti adalah dari jenis adaptif bagi membolehkan kadar segar semula berubah mengikut keperluan aplikasi.

Tri kamera utama pula menggabungkan sensor 48MP sudut lebar, 50MP ultra sudut lebar dan 2MP monokrom juga dengan lensa dari pengeluar kamera terkemuka Hasselblad. Pada bahagian hadapan pula, sebuah kamera 16MP digunakan yang diletakkan dalam sebuah lubang skrin. Satu lagi perbezaan terletak pada bingkai. OnePlus 9 mempunyai bingkai gentian karbon manakala pada OnePlus 9 Pro pula diperbuat daripada logam.

Kedua-duanya juga mempunyai kemampuan kalis air IP68, panel belakang diperbuat daripada kaca dan tiada bicu audio 3.5mm. Ciri standard peranti OnePlus iaitu butang khas untuk membisukan peranti juga disertakan pada kedua-dua model. Untuk model antarabangsa, sistem operasi OxygenOS yang berasaskan Android 11 digunakan pada

Menerusi kerjasama dengan Hasselblad, antaramuka aplikasi kamera OnePlus 9 dan 9 Pro adalah sama seperti yang ditemui pada kamera Hasselblad. Pada perisian pula, sistem Natural Color Calibration memastikan warna adalah konsisten pada kesemua lensa yang digunakan. Mod manual juga lebih berkuasa dengan ciri Focus Peaking dan mengambil gambar dalam mod RAW 12-bit untuk warna yang lebih menyerlah. Dari segi kemampuan video pula, terdapat kemampuan merakam pada resolusi 8K 30p atau 4K 120p.

OnePlus 9 Pro ditawarkan pada harga bermula dari $1069 (~RM4396) versi 12/256 GB dalam warna Morning Mist, Pine Green dan Stellar Black. Harga jualan OnePlus 9 pula bermula dari $729 (~RM2998) versi 8/128 GB dalam warna Winter Mist, Astral Black dan Arctic Sky



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan – Skrin 120Hz, Snapdragon 888 Dan Lensa Kamera Hasselblad

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×