Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Teksi Terbang Talyn Air Berpisah Di Udara Untuk Penerbangan Menegak Dan Mendatar

Kesemua sistem teksi Terbang yang dibangunkan setakat ini mempunyai kemampuan terbang secara menegak seperti helikopter sebelum melakukan transisi ke penerbangan mendatar seperti kapal terbang. Untuk mendapatkan kemampuan VTOL ini, dua sistem kipas perlu digunakan. Satu set untuk penerbangan menegak dan satu lagi set untuk penerbangan mendatar. Ini menyebabkan pada satu-satu masa, kipas yang tidak digunakan akan sekadar meningkatkan rintangan udara sekaligus memendekkan jarak perjalanan teksi terbang.

Talyn Air ingin menyelesaikan isu aerodinamik ini dengan teksi terbang yang dilengkapi sistem kipas terbang menegak yang ditanggalkan untuk penerbangan dan pendaratan mendatar. Semasa terbang atau mendarat secara menegak, lapan pasang kipas akan memberikan tujahan ke bawa yang diperlukan. Apabila tiba ke ketinggian yang diperlukan, ia akan ditanggalkan sebelum pulang semula ke lapangan teksi untuk kegunaan modul yang membawa penumpang.

Modul membawa penumpang pula hanya dilengkapi satu kipas penolak pada bahagian buritan kerana mempunyai sayap seakan kapal terbang. Kerana kurangnya rintangan udara, ia boleh terbang sehingga 482 km dengan kelajuan mencecah 322 km/j walaupun menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Apabila ingin mendarat, modul ini akan bercantum semula dengan modul pendaratan di destinasi. Idea yang di luar kotak ini dibangunkan oleh Talyn Air mungkin kerana mendapat inspirasi dari sistem roket SpaceX. Salah seorang pengasas Talyn Air pernah bertugas di SpaceX sebelum ini. Buat masa ini Talyn Air masih lagi sebuah konsep tanpa pesawat sebenar atau tarikh bilakah ia menyasarkan untuk memulakan operasi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Teksi Terbang Talyn Air Berpisah Di Udara Untuk Penerbangan Menegak Dan Mendatar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×