Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Mengatakan Mungkin Tidak Memperkenalkan Galaxy Note Pada Tahun Ini – Barangkali Kembali Untuk 2022

DJ Koh, yang mengetuai bahagian mudah-alih di Samsung kini dipetik mengatakan kepada pelabur, dimana Samsung mungkin memilih untuk tidak memperkenalkan Galaxy Note baharu pada pertengahan kedua 2021 ini.

Seperti ramai sedia maklum, siri Galaxy Note merupakan siri peranti mercu yang ditawarkan oleh Samsung – yang hadir bersama stylus S-Pen. Ia mempunyai peminatnya yang tersendiri dan diminati ramai di seluruh dunia. Sebelum ini, beberapa laporan telah hadir mengatakan Samsung akan menamatkan penawaran Galaxy Note – apatah lagi dengan ciri S-Pen yang dibawa ke siri Galaxy S21 pada tahun ini.

DJ Koh mengatakan ia merupakan salah satu tekanan untuk memperkenalkan dua peranti mercu dalam setahun, dan mungkin menyukarkan Samsung untuk memperkenalkan Galaxy Note pada pertengahan kedua 2021 ini. Komen ini hadir selari dengan tekanan terhadap pengeluaran semikonduktor yang memberikan kesan kepada pengenalan peranti baru oleh pelbagai pengeluar seluruh dunia.

Apa pun, ia turut dikatakan Samsung mungkin mengubah latar waktu pengenalan, dan memperkenalkan salah satu model Galaxy Note pada tahun hadapan, 2022.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Mengatakan Mungkin Tidak Memperkenalkan Galaxy Note Pada Tahun Ini – Barangkali Kembali Untuk 2022

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×