Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penggodam Dari China Dikatakan Menyerang Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Untuk Maklumat Mengenai Rangkaian 5G

Syarikat sekuriti digital McAfee baru-baru ini mengeluarkan laporan bahawa ia didapati bahawa sekumpulan penggodam yang aktif di China telah cuba untuk menggodam sejumlah besar syarikat-syarikat telekomunikasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Tenggara.

Kumpulan penggodam ini, yang menamakan diri mereka Mustang Panda/RedDelta, operasi godaman ini dinamakan Operation Dianxun dan fokus serangan ini adalah untuk mencuri data mengenai proses pembangunan rangkaian 5G syarikat-syarikat ini.

McAfee menganggarkan sekurang-kurangnya 23 sistem syarikat-syarikat telekomunikasi ini telah cuba digodam, tetapi tiada butiran mengenai jumlah serangan yang berjaya mahupun tidak. Mereka mengatakan lagi bahawa serangan godaman ini telah mula sejak bulan Ogos 2020, dan masih lagi berterusan sehingga kini.

Teknik serangan yang digunakan mereka adalah melalui sebuah Laman Web palsu yang dilihat sebagai sebuah laman web mencari kerja Huawei yang mempunyai perisian hasad terbina. Apabila sesiapa mengetik pada pautan tersebut, laman web ini akan terbuka, dan perisian tersebut akan dimuat-turun ke komputer pengguna melalui perisian Flash yang terbina pada laman web tersebut.

Laman web tersebut dilaporkan kelihatan sama seperti laman web mencari kerja Huawei, tetapi ia telah disahkan bahawa Huawei tiada kena-mengena dengan Serangan Siber Ini. Antaramuka laman web tersebut dijangka hanya dicuri bulat-bulat dan digunakan oleh kumpulan penggodam ini.

Serangan siber ini juga dilaporkan hanya disasarkan kepada individu-individu yang mempunyai akses ataupun pengetahuan mengenai rangkaian 5G dalam syarikat-syarikat telekomunikasi ini, dan mereka nampaknya menggunakan elemen-elemen kejuruteraan sosial juga.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai serangan ini, anda boleh membaca mengenainya di laman web McAfee.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Penggodam Dari China Dikatakan Menyerang Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Untuk Maklumat Mengenai Rangkaian 5G

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×