Realme kini telah menerbitkan sebuah video acah ringkas, yang memperlihatkan mereka akan Memperkenalkan penawaran terbaru dibawah siri Realme 8 seawal 24 Mac 2021 ini.
Mengikut apa yang diketahui sebelum ini, Realme dijangka memperkenalkan dua variasi, iaitu Realme 8 dan juga Realme 8 Pro. Versi Pro juga dijangka hadir dengan kamera dengan sensor sebesar 108-megapixel.
Realme dijangka akan memperkenalkan Realme 8 ini di India terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ia di negara-negara lain, termasuk Malaysia.
Apa pun, sama-sama kita nantikan 24 Mac Ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Realme.