Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asus ROG Phone 5 Kini Rasmi – Snapdragon 888, Skrin 144Hz, 18GB RAM Dengan Harga Bermula RM2,999

Asus ROG Phone adalah peranti mercu tersendiri Asus, yang mana adalah telefon pintar yang memfokuskan permua. Selepas sekian lama menantikan lebih banyak peranti Snapdragon 888 dilancarkan, akhirnya Asus melancarkan Asus ROG Phone 5. Berbeza dengan sebelum ini, ROG Phone 5 tidak menggunakan cip pemprosesan khusus – sebaliknya menggunakan cip Snapdragon 888 yang sama dengan jenama-jenama lain.

Tahun ini, Asus hadir dengan tiga variasi iaitu yang biasa, Pro dan juga Ultimate. Ketiga-tiga Asus Rog Phone 5 ini dijana dengan cip Snapdragon 888, dipadankan dengan pilihan memori dari 8GB RAM sehingga 18GB RAM (terhad ke versi Ultimate sahaja) dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 3.1. Untuk skrin, ketiga-tiga menggunakan panel 6.78-inci FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 144Hz jenis AMOLED. Skrin peranti ini juga menyokong paparan HDR10+ dan kadar sentuhan 300Hz. Seperti Samsung, Asus ROG Phone 5 turut mempunyai perlindungan kaca Gorrila Glass Victus.

Seperti ROG Phone 3, Asus mula menggunakan rekaan yang minimalistik. Untuk kamera pula, ia menggunakan tetapan tri-kamera 64MP + 13MP + 5MP dengan teknologi Quad Bayer dan kamera swafoto pula adalah 24MP. Beralih ke pembesar suara, Asus sekali lagi menggunakan sistem pembesar suara stereo dengan sokongan GameFX dan Dirac HD Sound yang dikuasakan oleh cip AMP Cirrus Logic CS35L45 Mono. Terdapat empat mikrofon terbina daripad OZO untuk pengurangan hingar ketika bermain permua dan melakukan penstriman secara langsung. Untuk bateri, pweranti ini menggunakan dwi-sel 3000mAh iaitu 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas HyperCharger 65W.

Untuk ciri dan fungsi gaming baharu pada ROG Phone 5, Asus menawarkan AirTrigger 5 dengan pengioptimasian dan sensitiviti yang lebih baik, turut terbina adalah sensor di panel belakang peranti untuk kawalan tambahan (terhad kepada Pro dan Ultimate) dan peranti ini turut menggunakan sistem penyejukan baharu “GameCool 5”. Bersama-sama dengan pelancaran siri Asus ROG Phone 5, kesemua aksesori mereka juga dikemaskini dengan versi baru seperti AeroActive Cooler 5, alat kawalan Kunai 3 Gamepad dan banyak lagi. Kesemua aksesori dijual secara berasingan dan Asus turut tawarkan beberapa aksesori audio seperti set fon kepala dan set fon telinga. Kesemua akseosri ini dijual pad aharga bermula RM69 dan mencapai sehingga RM499.

Untuk membezakan antara Asus ROG Phone 5 biasa, Pro dan Ultimate, pada panel belakang versi biasa hanya ada logo RGB ROG, untuk Pro dan Ultimate terdapat skrin sekunder ROG Vision dari panel PMOLED untuk memaparkan notifikasi, logo tersendiri, logo memuat permua, dan banyak lagi. Pro menggunakan panel berwarna, tetapi Ultimate menggunakan panel monokrom.

Dukacita dimaklumkan yang kipas penyejuk AeroActive Cooler 5 tidak lagi disertakan dalma pakej belian Asus ROG Phone 5, ia hanya ditawarkan untuk versi Pro dan Ultimate. Jualan Asus ROG Phone 5 akan bermula pada bulan April kelak, manakala Pro dan Ultimate adalah pada bulan Mei. Untuk pra-tempahan, Asus ROG Phone 5 akan dibuka pada 11 Mac sehingga 25 Mac dan setiap pembeli akan menerima alat kawalan Kunai 3 Gamepad yang berharga RM499.

Harga jualan adalah seperti berikut;

Asus ROG Phone 5

  • 8/128 GB, RM2999, pilihan warna Phantom Black atau Storm White
  • 16/256 GB, RM3799, pilihan warna Phantom Black atau Storm White

Asus ROG Phone 5 Pro

  • 16/512 GB, RM4499, terhad kepada warna Phantom Black

Asus ROG Phone 5 Ultimate

  • 18/512 GB, RM4999, terhad kepada warna Storm White. Bulan Mei kelak, terhad kepada yang terawal akan menerima kotak hadiah ROG Ultimate Fan


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Asus ROG Phone 5 Kini Rasmi – Snapdragon 888, Skrin 144Hz, 18GB RAM Dengan Harga Bermula RM2,999

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×