Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Melancarkan Sensor IMX661 Bersaiz 127.68 Megapixel

Sensor kamera semakin besar bagi memenuhi keperluan pasaran yang mahukan gambar yang lebih tajam, jitu dan mempunyai kemampuan pelbagai situasi yang lebih baik. Sony telahpun melancarkan Sensor CMOS terkini mereka IMX 661 yang bersaiz 127.68 Megapixel.

Sebelum anda bersorak sensor Sony kini melangkaui 100MP, berita buruk bagi anda ialah ia tidak direka untuk kegunaan kamera digital ataupun telefon pintar. Sony IMX661 dibangunkan untuk tujuan industri yang memerlukan kamera bersensor besar yang pantas.

Gambar yang jelas dapat diambil kerana sensor ini mempunyai saiz fizikal 3.6 inci (56.73mm) dan setiap pixel pula bersaiz 3.45 μm. Menerusi teknologi Pregius – sensor dengan pengatup global (global shutter) ini menghasilkan imej yang tidak mempunyai masalah distorsi.

Dua versi dihasilkan iaitu untuk fotografi berwarna dan monokrom. Pengeluaran Sony IMX661 akan dimulakan di antara April dan Mei 2021.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Melancarkan Sensor IMX661 Bersaiz 127.68 Megapixel

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×