Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo Band Style Bakal Dilancarkan Seiring Dengan Pengenalan Siri Oppo F19

Selain daripada Siri Oppo F19, jenama ini dilihat dalam perancangan untuk pengenalan satu lagi peranti boleh-pakai baharu. Dikenali sebagai Oppo Band Style, ia merupakan sebuah gelang pintar yang dilihat memfokuskan kepada penawaran pemantauan kesihatan dan kecergasan.

Seperti sejumlah gelang tangan pintar yang lain, Oppo Band Style juga akan didatangkan dengan sejumlah sensor terbina – antaranya seperti pemantauan kadar jantung masa nyata dan SpO2 yang berupaya mengesan tahap kepekatan oksigen dalam darah. Dari segi rekaan, ia dilihat menampilkan rekaan bujur bersama dua kemasan berbeza – iaitu tali TPU yang biasa atau pilihan lebih bergaya dengan gelung logam.

Menurut spekulasi awal, Oppo Band Style akan dilengkapi skrin bersaiz 1.1-inci AMOLED, 12 mod sukan berbeza, jangka hayat bateri maksimum 14 hari, mempunyai sokongan NFC. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab ketika pelancaran rasmi pada 8 Mac 2021 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo Band Style Bakal Dilancarkan Seiring Dengan Pengenalan Siri Oppo F19

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×