Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Satu Lagi Peranti Misteri Terkini Oppo Tertiris – Dijana Cip MediaTek Helio P95

Oppo  nampaknya tidak henti-henti hadir dengan penawaran Telefon Pintar baharu buat pengguna setia. Dalam perkembangan terkini, satu lagi peranti misteri terkini Oppo dengan kod nama Darwin didapati tertiris menerusi perkongsian oleh Evan Blass.

Telefon pintar berkenaan dikhabarkan hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan. Selain itu, ia juga berkemungkinan besar dikenali dengan tiga nama berbeza mengikut pasaran – iaitu Oppo Reno5 F (pasaran Asia), Oppo A94 (pasaran Eropah) dan Oppo F19 (pasaran India).

Untuk spesifikasi pula, telefon pintar ini kelak akan menggunakan skrin 6.4-inci OLED FHD+, dijana cip MediaTek Helio P95, pilihan memori sehingga 8GB RAM, storan 128GB, dan bateri sebesar 4,310mAh yang menyokong pengecasan 30W. Kamera utama pula ialah gabungan sensor 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel +2-Megapixel.

Dalam pada itu, sumber turut mengatakan telefon pintar ini mungkin diperkenalkan selepas pelancaran siri Oppo X3 kelak. Selain, terdapat juga sebuah lagi model bersama sokongan 5G terbina dengan kod nama Elsa yang berkemungkinan besar dikenali sebagai Oppo A94 5G atau Oppo F19 Pro kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Satu Lagi Peranti Misteri Terkini Oppo Tertiris – Dijana Cip MediaTek Helio P95

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×