Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Mengacah Pengumuman Kerjasama Hasselblad Pada Minggu Hadapan

OnePlus kini mengacah sebuah pengumuman baru pada 8 Mac 2021, iaitu pada minggu hadapan. Melalui Gambar acah yang dikongsikan, mereka berkongsi gambar bulan – yang sama seperti terdapat pada laman rasmi Hasselblad.

Untuk makluman, Hasselblad merupakan salah satu pengeluar kamera terkemuka, dan terkenal sebagai kamera pertama yang digunakan untuk rakaman dan mendokumenkan gambar ketika jelajah di bulan.

Sebelum ini, beberapa gambar telah tertiris memperlihatkan Oneplus akan bekerjasama dengan pihak Hasselblad untuk sokongan kamera pada telefon pintar – sekaligus menjanjikan kualiti rakaman yang lebih baik.

Kini, dengan pihak OnePlus menjadualkan tarikh 8 Mac 2021 ini, sama-sama kita nantikan lanjut pengumuman kerjasama kedua-dua pihak ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Mengacah Pengumuman Kerjasama Hasselblad Pada Minggu Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×