Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Skor Penanda Aras Untuk NVIDIA GeForce RTX 3060 Dilihat Menandingi NVIDIA GeForce RTX 2070

NVIDIA bakal melancarkan sebuah lagi model kad grafik menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere terbaru mereka yang dinamakan NVIDIA GeForce RTX 3060 pada 25 Februari ini.

Banyak perkara yang telah diperkatakan mengenai kad grafik ini, khususnya bagaimana ia hadir dengan perisian terbina dimana ia akan mengurangkan kadar kecekapan melombong kriptowang Ethereum sebanyak 50 peratus.

Berbeza dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060Ti yang menggunakan cip grafik GA-104, GeForce RTX 3060 menggunakan GA-106 yang mempunyai bilangan pemproses lebih rendah, tetapi dilengkapi dengan jumlah memori lebih tinggi, sebanyak 12GB memori GDDR6.

Terkini, nampaknya skor penanda-aras menggunakan permainan Ashes of the Singularity untuk kad grafik ini telahpun tertiris, dan melalui tetapan grafik Crazy 1080p, ia dilihat mencapai skor 6900, iaitu 19 peratus lebih tinggi berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, dan 9 peratus lebih tinggi berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070.

Kad grafik ini nampaknya mampu menggerakkan permainan Ashes of the Singularity pada resolusi Full HD dan tetapan tinggi pada kadar bingkai 67 sehingga 69 FPS.

Ia dijangka bahawa kad grafik ini akan dinobatkan sebagai kad grafik paling mampu milik dan berkuasa yang mampu menggerakkan pelbagai jenis permainan pada resolusi Full HD dan kadar segar semula tinggi.

Tidak seperti kad-kad grafik NVIDIA Ampere yang hadir dengan rekaan Founders Edition, kad grafik GeForce RTX 3060 ini nampaknya hanya akan dijual terus menerusi pembangun-pembangun kad grafik seperti ASUS, MSI, GIGABYTE dan sebagainya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Skor Penanda Aras Untuk NVIDIA GeForce RTX 3060 Dilihat Menandingi NVIDIA GeForce RTX 2070

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×