Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Ura-Ura) Samsung Akan Kembali Menggunakan Wear OS Pada Jam Tangan

Samsung pada waktu hanya memasarkan Jam Tangan pintar yang menggunakan sistem operasi Tizen keluaran kendiri. Ia antara sistem operasi yang baik dengan beberapa ciri yang tidak ditawarkan platform lain seperti rekaan bezel berputar. Sungguhpun begitu, kini mula kedengaran ura-ura Samsung mungkin akan kembali kepada Wear OS.

Ini ialah menurut ciapan Ice Universe hari ini. Sekiranya benar Jam Tangan Pintar baharu ini adalah yang pertama kembali ke sistem operasi Android sejak Gear Live yang dipasarkan pada tahun 2014. Tiada sebab munasabah Samsung kembali ke Wear OS kerana pasaran jam tangan Tizen sehingga penghujung 2020 adalah lebih tinggi.

Sekiranya berlaku sekalipun ia tidak mengejutkan kerana Google hanya akhir-akhir ini menggandakan usaha untuk meningkatkan penggunaan Wear OS menerusi Oppo dan Xiaomi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Ura-Ura) Samsung Akan Kembali Menggunakan Wear OS Pada Jam Tangan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×