Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LinkedIn Sedang Membangunkan “Marketplace” – Menyaingi Fiverr Dan Upwork

LinkedIn merupakan salah satu laman sosial memfokuskan Golongan Profesional, selain turut menjadi salah satu lokasi dimana ramai pengguna mencari kerja selain memperluaskan rangkaian kenalan. Terbaru, Linkedin yang dimiliki oleh Microsoft ini, dilaporkan sedang membangunkan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai Marketplace.

Melalui Marketplace ini, ia ingin memudahkan pengkarya bebas (freelancer) untuk mencari kerja dan tugasan dalam menjana pendapatan sampingan.

Pada hari ini, antara perkhidmatan dengan penawaran sedemikian adalah termasuk Upwork dan juga Fiverr.

Ini selari dengan permintaan untuk pekerja seumpama tersebut. Menurut TheInformation, langkah ini akan memudahkan golongan profesional untuk bertemu dengan pembangun aplikasi, akauntan, dan beberapa pihak lain dengan mudah.

LinkedIn dijangka memperkenalkan perkhidmatan ini seawal bulan September ini. Pengenalan ciri ini juga dijangka akan membuka peluang untuk lebih ramai menyertai LinkedIn – sekaligus meningkatkan angka pengguna perkhidmatan berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LinkedIn Sedang Membangunkan “Marketplace” – Menyaingi Fiverr Dan Upwork

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×