Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Zuckerberg Dipetik Berkata Facebook Perlu “Menimbulkan Kesakitan” Ke Atas Apple

Hubungan di antara Apple dan Facebook menjadi semakin dingin selepas Apple mengumumkan Sistem Anti Penjejakan secara terbina pada iOS. Facebook segera mengeluarkan iklan yang mendakwa tindakan Apple ini akang mendatangkan impak yang besar kepada perniagaan kecil yang menggunakan platform pengiklanan mereka.

Kini menurut laporan Wall Street Journal, Mark Zuckerberg dipetik Berkata Facebook Perlu “menimbulkan kesakitan” ke atas Apple selepas Tim Cook mengeluarkan kenyataan yang negatif terhadap laman media sosial nombor satu dunia ini. Tidak jelas apakah jenis kesakitan tersebut. Apa yang telah berlaku setakat ini ialah laman Apple di Facebook telahpun kehilangan lencana pengesahan identiti sejak Disember 2020.

Hanya beberapa minggu lalu, Tim Cook sekali lagi menyerang Facebook yang dituduh platform yang menyebarkan maklumat tidak tepat dan teori konspirasi yang dibantu oleh algoritma.

Jelas hubungan di antara kedua-dua ketua pengawal eksekutif syarikat teknologi besar dunia ini amat dingin. Dengan sistem anti penjejakan iklan akan diberikan menerusi iOS 14.5, hubungan ini akan menjadi semakin sejuk beku.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Zuckerberg Dipetik Berkata Facebook Perlu “Menimbulkan Kesakitan” Ke Atas Apple

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×