Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MILDEF Melancarkan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi Buatan Tempatan

Industri pembangunan senjata tempatan dipenuhi dengan pelbagai isu seperti kurangnya sambutan, rekaan yang aneh dan tidak mampu memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia. Beberapa percubaan sistem senjata tempatan sebelum ini seperti APC Deftech AV8 Gembita dan kereta berperisai Deftech AV4 Lipan Bara dihasilkan menerusi kerjasama dengan firma luar negara.

Hari ini MILDEF International Technologies melancarkan kereta perisai mobiliti tinggi 4×4 HMAV mereka yang dikatakan dibina sepenuhnya oleh anak watan. Menurut MILDF, 70% komponen 4×4 HMAV ini adalah buatan tempatan. Kenderaan berperisai sebesar 14 tan ini dilengkapi pelbagai teknologi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan krew di medan perang seperti perisai komposit, lantai kalis periuk api dan tempat duduk yang dapat menyerap letupan.

Antara piawaian yang dipenuhi oleh 4×4 HMAV Stanag 4569 tahap 2 untuk pertahanan balistik dan artileri, Stanag 4569 tahap 2B untuk perisai bahagian perut dan Stanag 4569 tahap 2A untuk pertahanan tubuh. Dengan enjin turbo diesel 7.2 liter yang digunakan membekalkan 330 HP dan kenderaan mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 110 km/j

Rekaan 4X4 HMAV mirip dengan Oshkosh L-ATV  yang sudah terbukti di lapangan mampu menahan serangan IED di Iraq dan Afghanistan. Bagi memastikan keselamatan krew terjamin, 4X4 HMAV turut dilengkapi mesingan 12.7mm yang diletakkan di dalam cagak yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Pihak MILDEF telah membelanjakan RM16 juta sejak empat tahun yang lalu untuk membangunkan kenderaan ini. Ia dilihat sebagai antara calon untuk menggantikan APC Condor yang sudah digunakan ATM untuk misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Lebanon.

Condor yang telah digunakan sejak 1980an tidak lagi sesuai untuk digunakan di medan tempur model. Malahan ketika Pertempuran Mogadishu yang berlaku 28 tahun yang lalu, perisai Condor dengan mudah dirobek RPG 7 yang digunakan oleh militia Somalia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MILDEF Melancarkan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi Buatan Tempatan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×