Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

NASA Akan Menggunakan Roket Falcon Heavy SpaceX Untuk Melancarkan Komponen Stesen Angkasa The Gateway

Tahun ini Misi Artemis akan dimulakan dengan beberapa ujian awal sebelum misi sebenar ke permukaan bulan dilancarkan padas tahun 2024. Masa yang lama diambil kerana kali ini sebuah stesen angkasa – The Gateway perlu dibina terlebih dahulu bagi membekalkan keperluan logistik sebelum sebuah pangkalan kekal dibina di permukaan bulan.

NASA semalam telah menganugerahkan kontrak bernilai $331.8 juta (~RM 1.34 bilion) kepada SpaceX untuk melancarkan dua modul The Gateway menggunakan roket Falcon Heavy. Modul tersebut adalah Habitation and Logistics Outpost (HALO) dan Power and Propulsion Element (PPE). Daripada namanya anda dapat mengagak satu modul akan menjadi tempat tinggal dan satu lagi modul membekalkan kuasa.

Pelancaran pertama menyasarkan tahun 2024. Apabila siap kelak, manusia akan mempunyai dua stesen angkasa lepas yang beroperasi. Kemudian apabila ISS berhenti beroperasi kerana faktor usia, stesen angkasa Axiom Space pula akan beroperasi sebagai hotel pertama untuk pelancong yang mampu membayar.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

NASA Akan Menggunakan Roket Falcon Heavy SpaceX Untuk Melancarkan Komponen Stesen Angkasa The Gateway

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×