Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Redmi K40 Bakal Dilancarkan Pada 25 Februari 2021

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan berhubung peranti terkini daripada Redmi iaitu Redmi K40 bakal diperkenalkan sekitar bulan Februari ini. Pada ketika itu, Redmi bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran secara khusus.

Sehubungan itu, bagi menjawab segala persoalan terbabit Lu Weibing dari Redmi kini memaklumkan bahawa Redmi K40 bakal diperkenalkan secara rasmi pada 25 Februari 2021. Perkara itu dikongsi olehnya menerusi sebuah entri berbentuk poster acah di Weibo, sebentar tadi.

Entri dan poster berkenaan bagaimanapun, tidak memaparkan sebarang spesifikasi atau Rekaan pada peranti. Sebaliknya, ia hanya mengacah Rekaan Kotak untuk peranti berkenaan sahaja tetapi tidak secara menyeluruh.

Namun begitu, Lu Weibing menyatakan peranti tersebut bakal hadir dengan rekaan serba baharu, pengalaman penggunaan lebih baik dan lebih banyak kejutan tersendiri.

Menurut spekulasi awal, Redmi K40 dipercayai hadir dengan cip Snapdragon 888, bateri berkapasiti sekitar 4,000mAh dan menggunakan skrin sejenis rata. Dalam pada itu, turut tular satu foto memaparkan dua rekaan kotak untuk peranti ini – yang mana salah satu daripadanya hadir dengan rekaan kotak yang lebih nipis.

Sekaligus, ia seolah memberi bayangan Redmi turut sedang melihat kepada membuang pengecas secara terbina dalam kotak. Apa pun, sama ada benar atau tidak. segala persoalan ini bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Redmi K40 Bakal Dilancarkan Pada 25 Februari 2021

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×