Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

India Memberi Amaran Kepada Twitter Kerana Enggan Menghalang Kandungan Protes Petani

Protes oleh golongan petani di India sudah masuk ke bulan kelima. Ia mula mendapat perhatian dunia apabila artis ternama Rihanna dan aktivis muda Greta Thunberg menghantar ciapan menyokong hak petani di India minggu ini. Kedua-duanya kemudian menerima ancaman dari penyokong Narendra Modhi kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman India.

Kerana protes mula mendapat perhatian dunia, kerajaan India memberikan arahan kepada Twitter untuk menghalang akaun dan kandungan, dan tagar #ModiPlanningFarmerGenocide yang menyokong protes tersebut pada 31 Januari lalu. Selain pengharaman tagar serta akaun, Twitter turut diarahkan menghalang 257 URL dari dikongsi pada platform,

Pada awalnya Twitter akur dengan arahan sebelum menarik semula halangan yang dikenakan. Ini menimbulkan kemarahan sehingga kerajaan India menerusi Kementerian Teknologi Maklumat kini memberikan amaran supaya arahan asal dipatuhi atau wakil Twitter India boleh dipenjarakan selama tujuh tahun.

Ujar mereka Twitter perlu mematuhi arahan yang diberikan kerajaan kerana perkhidmatan mereka ditawarkan di dalam negara India. Kegagalan Twitter didakwa boleh menimbulkan kemarahan, kacau bilau dan mendatangkan impak kepada ketenteraman awam India.

Tahun lalu Perdana Menteri Narendra Modhi meluluskan tiga undang-undang pertanian baru yang dilihat pro-industri tetapi menzalimi golongan peladang miskin. Protes dilakukan oleh puluhan ribu peladang bagi membantah undang-undang yang bakal merugikan mereka.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

India Memberi Amaran Kepada Twitter Kerana Enggan Menghalang Kandungan Protes Petani

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×