Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Menawarkan Pemalam iCloud Passwords Untuk Chrome – Pengurus Kata Laluan Keychain Untuk Semua

Apple iCloud adalah sistem sumber tertutup perkhidmatan awanan dari Apple. Ia seperti Google Drive, di mana storan emel, Kata Laluan, Google Photos disimpan, begitu juga iCloud. Tetapi iCloud tidak begitu mesra pengguna lain selain pengguna ekosistem Apple.

Terkini, Apple menawarkan pemalam Chrome untuk semua pengguna. Pemalam ini adalah iCloud Password, di mana ia bertindak sebagai pengurus Kata Laluan Keychain. Jadi anda kini boleh menggunakan Keychain di Windows, Linux melalui pelayar web Chrome. Selain daripada itu, fungsi mencadangkan kata laluan kukuh juga ditawarkan agar pengguna boleh memiliki kata laluan untuk sesuatu akaun yang cukup kukuh dengan saranan dari sistem Apple.

Pemalam ini sedia dimuat turun di Chrome Web Store. Bagi yang berminat anda boleh mula muat turun dan log masuk akaun Apple anda. Memandangkan Microsoft Edge juga berasaskan Chromium, anda turut boleh cuba memasang pemalam ini di pelayar web Edge. Tetapi isu sekuriti atau prestasi tidak diketahui. Kemudian, anda juga wajib memasang perisian iCloud untuk Windows untuk menggunakan pemalam ini.

Muat-Turun iCloud Passwords di Chrome



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Menawarkan Pemalam iCloud Passwords Untuk Chrome – Pengurus Kata Laluan Keychain Untuk Semua

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×