Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Polis Akan Lancar Aplikasi Untuk Memudahkan Pembayaran Saman Dalam Sebulan Dua Lagi

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman kini berkongsi mengatakan kini pihak polis dalam peringkat fasa akhir untuk pembangunan aplikasi membayar saman secara atas-talian khusus untuk orang ramai.

Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin akan melihat Aplikasi untuk Membayar Saman ini diperkenalkan dalam masa sebulan atau dua bulan lagi.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses membayar Saman – sama ada melalui aplikasi telefon pintar, atau portal khusus. Ini juga boleh mengurangkan kebergantungan kepada sistem pihak ketiga dalam memudahkan pengguna membayar saman.

Berkongsi lanjut, polis telah merekodkan kutipan saman berjumlah RM395.3 juta pada tahun 2020, dan RM305.9 juta pada 2019 yang lepas.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Polis Akan Lancar Aplikasi Untuk Memudahkan Pembayaran Saman Dalam Sebulan Dua Lagi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×