Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mempatenkan Rekaan Telefon Dengan Kamera Belakang Boleh Ditanggalkan

Pengeluar telefon pintar sering hadir dengan penggunaan teknologi dan konsep yang boleh diimpleentasikan pada pengeluaran mereka, sekaligus mempatenkan Rekaan berkenaan. Xiaomi turut tidak ketinggalan, dan kini telah memfailkan paten untuk sebuah konsep rekaan peranti menarik.

Melalui rekaan paten yang hadir ke arena web ini, ia memperlihatkan Xiaomi bereksperimen dengan rekaan telefon yang membolehkan pengguna mengeluarkan kamera belakang. Ia mungkin dijayakan dengan sebuah modul kamera belakang yang boleh ditanggalkan, dan digunakan untuk rakaman gambar daripada pelbagai sudut yang lebih menariik.

Modul kamera belakang ini juga dijangka boleh dialihkan untuk rakaman swafoto – sekaligus membuatkan penawaran telefon dengan skrin menyeluruh – dan pada masa sama menawarkan kualiti rakaman swafoto dan video yang baik melaluinya.

Selain Xiaomi, sebelum ini Vivo dan Oppo turut telah memperlihatkan rekaan paten yang sama pada telefon pintar.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mempatenkan Rekaan Telefon Dengan Kamera Belakang Boleh Ditanggalkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×