Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy SmartTag Turut Boleh Menjadi Alat Kawalan Peranti Berhubung

Tahun ini, tahun di mana pengeluar peranti akan fokus kepada aksesori baharu – iaitu penjejak objek. Aksesori ini sudah lama wujud di pasaran, ia dipopularkan oleh jenama Tile – sehinggakan banyak jenama dari China hadir dengan versi alternatif yang lebih murah.

Apple juga dilpaorkan akan hadir dengan AirTags dan Samsung adalah yang pertama memperkenalkan aksesori ini pada tahun ini – iaitu Galaxy SmartTag. Apa yang menarik juga adalah, penjejak kesihatan ini menggunakan teknologi Ultra-Wide Band (UWB). UWB boleh menjejal objek dengan lebih jitu dan kurang menggunakan kuasa.

Salah satu kegunaan UWB juga adalah untuk sambungan kepada Peranti Berhubung agar aksesori pintar lebih mudah ditambat, dicari serta dikawal. Terkini, peniris terkenal Max Weinbach telah berkongsi yang Galaxy SmartTag turut boleh dijadikan sebagai alat kawalan peranti berhubung. Hanya tekan butang pada penjejak inin sekali sehingga ada bunyi, peranti berhubung seperti lampu pintar boleh dikawal.

Walaupun Samsung telah mula bergerak ke arah pengalaman penggunaan Android asli dan mempunyai integrasi Google yang lebih baik – Galaxy SmartTag ini hanya boleh dijadikan sebagai alat kawalan peranti berhubung yang menyokong ekosistem SmartThings sahaha.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy SmartTag Turut Boleh Menjadi Alat Kawalan Peranti Berhubung

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×