Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Mengingatkan iPhone 12 Dan MagSafe Mungkin Memberi Kesan Kepada Pengguna Dengan Perentak Jantung

Apple telah memperkenalkan iPhone 12 pada bulan Oktober lepas, dimana ia hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar baharu, dinamakan MagSafe.  Terbaru, Apple dilihat telah mengemaskini dokumen sokongan, dan memberikan info lanjut berkenaan magnet pada peranti MagSafe yang mungkin memberi kesan kepada peralatan kesihatan Seperti Perentak Jantung (pacemaker).

Menurut Apple, siri iPhone 12 hadir dengan bilangan magnet yang lebih tinggi berbanding model iPhone sebelumnya. Namun, ia dijangka tidak memberikan risiko tinggi untuk gangguan magnetik kepada peranti kesihatan – dan sama seperti iPhone sebelum ini.

Namun begitu, Apple mengatakan semua aksesori MagSafe hadir dengan sokongan magnet, yang turut menyertakan radio seperti pada MagSafe Charger dan MagSafe Duo.  Magnet dan gelombang elektromagnetik yang dijana dijangka mungkin memberikan  gangguan terhadap peralatan Kesihatan Seperti Perentak jantung.

Apple mengatakan perentak jantung mungkin mengandungi sensor yang memberikan respon terhadap magnet apabila dekat dengan pengguna yang memakainya. Untuk mengelakkan sebarang gangguan, Apple mencadangkan untuk menggunakan iPhone dan juga aksesori MagSafe pada jarak sekitar 15cm atau lebih 30cm ketika mengecas secara nirwayar.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan mendapatkan nasihat pakar dalam menggunakan peranti sekiranya menggunakan Peralatan Kesihatan Seperti perentak jantung.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Mengingatkan iPhone 12 Dan MagSafe Mungkin Memberi Kesan Kepada Pengguna Dengan Perentak Jantung

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×