Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Satu Kes Virus Covid-19 Varian UK B.1.1.7 Dikesan Di Malaysia

Berita buruk rakyat Malaysia hari ini ialah pelaksanaan semua Perintah Kawalan Pergerakan yang diperketatkan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah. Tetapi ia menjadi semakin buruk selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu kes jangkitan Covid-19 Varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.

Pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember dan disahkan positif pada 28 Disember lalu. Beliau hanya disahkan dijangkiti varian B.1.1.7 yang Lebih dikenali sebagai strain UK seleapas ujian genom dilakukan ke atas sampel yang diberikan beliau.

Strain Covid-19 UK adalah lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding strain terdahulu. Ini dipercayai adalah penyebab mengapa kes jangkitan sehari di UK meningkat sehingga lebih 70,000 sehari. Seperti Malaysia, UK mengetatkan semula perintah kawalan pergerakan sehingga sambutan Krismas tidak digalakkan, sekolah ditutup dan aktiviti sukan biasa diharamkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Satu Kes Virus Covid-19 Varian UK B.1.1.7 Dikesan Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×