Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

WhatsApp Akan Menjual Pelan Insurans Di India

Tags: whatsapp

WhatsApp adalah platform permesejan yang popular. Walaupun Whatsapp banyak meniru fungsi dan ciri dari Telegram yang lama, ramai tetap memilih WhatsApp. WhatsApp kini sudah semakin berkembang sehinggakan ia boleh berfungsi sebagai medium penghantaran wang dan juga membeli belah. Populariti WhatsApp adalah hebat, sehinggakan 100 bilion mesej dihantar pada setiap hari.

Di India, WhatsApp akan menjadi lebi maju dan lebih hebat dari negara lain. Kelak, WhatsApp akan menjual pelan-pelan insurans pula. WhatsApp sudah mula bekerjasama dengan beberapa syarikat kewangan untuk menjayakan perkara ini. Pelan-pelan yang WhatsApp akan jual adalah mikro-insurans, pelan pencen dan produk-produk berkaitan dengannya.

Contoh sasaran pengguna yang WhatsApp ingin dapatkan adalah mereka yang bekerja sendiri. Menurut mereka terdapat 300 juta pengguna sebegini di India dan kos pelan pencen sehari boleh dicas serendah Rs. 50 iaitu sekitar RM2.75 sahaja. Dengan mempunyai pengguna WhatsApp yang ramai ini, syarikat kewangan juga akan memperoleh lebih ramai pelanggan dari biasa.

WhatsApp dikatakan sudah pun memulakan jualan ini, tetapi secara berperingkat dan kepada pengguna terpilih sahaja. Kelak di masa hadapan, WhatsApp turut merancang untuk menjual perkara-perkara teknologi yang berkaitan dengan pendidikan dan juga pertanian. Tiada sebarang informasi sama ada perkara ini akan dikembangkan secara global ataupun tidak.




This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

WhatsApp Akan Menjual Pelan Insurans Di India

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×