Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Markah Penanda Aras Samsung Galaxy S21 Dengan Exynos 2100 Tertiris

Tiada lagi misteri mengenai rekaan Samsung Galaxy S21 kerana ia telahpun tertiris sebelum ini bersama dengan spesifikasi kameranya. Hari ini pula rekaan skrin hadapan telah diperlihatkan. Tidak berakhir di sini, markah penanda Aras Samsung Galaxy S21 dengan cip Exynos 2100 telah tertiris.

Markah ujian Geekbench 5 yang tertiris menunjukkan peranti mencatatkan 1040 markah dalam ujian satu teras dan 3107 markah dalam ujian muli-teras. Turut dapat dilihat ialah peranti yang diuji dilengkapi RAM sebesar 12GB. Markah yang dicatatkan ini adalah lebih rendah berbanding Snapdragon 888 dan Apple A14 Bionic.

Sungguhpun begitu ini ialah markah yang dicatatkan pada peranti yang tidak menggunakan versi akhir. Oleh itu ia tidak boleh digunakan sebagai bukti bahasa Exynos 2100 tidak mampu bersaing dengan dua pemproses 5nm yang lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Markah Penanda Aras Samsung Galaxy S21 Dengan Exynos 2100 Tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×