Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Microsoft Memberi Amaran Berkaitan Serangan Perisian Hasad Baru “Adrozek” Menyasarkan Chrome, Edge dan Firefox

Microsoft kini telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai, berkaitan Serangan Perisian Hasad baru yang dinamakan sebagai Adrozek. Perisian hasad Adrozek ini menyasarkan sejumlah pelayar web popular, termasuk Google Chrome, Microsoft Edge dan juga Mozilla Firefox.

Melalui serangan Perisian Hasad Ini, ia menyertakan pengiklanan pada pelayaran seseorang – sekaligus memaparkan iklan, selain pada masa yang sama boleh mencuri maklumat pengguna.

Menurut Microsoft, perisian hasad ini didapati disebarkan melalui  sekitar 159 laman domain berbeza.

Microsoft mengatakan kini Microsoft Defender sedia mengenal-pasti dan boleh membuang apabila pengguna memuat-turun Adrozek. Tetapi, sekiranya pengguna sedia memasangnya, ia boleh menambah pemalam untuk pelayar web, mengubah tetapan, menyertakan pengiklanan pada pelayaran – serta pada Firefox, ia boleh mencuri data pengguna.

Microsoft menasihatkan pengguna untuk tidak memuat-turun fail atau dokumen daripada sumber yang tidak dipercayai, dan pastikan anda semak berkali-kali sebelum memuat-turun atau memasang sesuatu perkara.

Bagi pengguna yang telah sedia terkesan, anda dinasihatkan untuk nyah-pasang, dan memasang kembali pelayar web anda.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Microsoft Memberi Amaran Berkaitan Serangan Perisian Hasad Baru “Adrozek” Menyasarkan Chrome, Edge dan Firefox

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×