Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

AMD Dikatakan Akan Menghentikan Pengeluaran Kad Grafik Dengan Reka Bentuk Rujukan Untuk Siri Radeon RX 6000

AMD baru sahaja melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu AMD Radeon RX 6000 yang terdiri daripada AMD Radeon RX 6800, AMD Radeon RX 6800XT dan juga AMD Radeon RTX 6900XT.

Dengan kad-kad grafik ini, ia turut hadir dengan reka bentuk rujukan mereka sendiri, sama seperti siri kad grafik keluaran NVIDIA. Dengan model ini, ia hadir dengan rekaan berwarna perak dan hadir dengan tiga kipas peniup yang mengalirkan haba daripada bongkah penyejukan GPU.

Terkini, beberapa laman web telah melaporkan bahawa AMD akan menghentikan pengeluaran kad grafik siri Radeon RX 6000 ini bermula awal tahun hadapan, dan semua keluaran kad grafik siri ini di masa akan datang hanya akan hadir melalui rakan pembangun kad grafik.

Perkara ini tertiris melalui Cowcotland, tetapi setelah beberapa butiran disahkan, nampaknya AMD hanya akan mengilangkan satu kumpulan kad grafik AMD Radeon RX 6900XT yang setakat ini, yang dilancarkan baru-baru ini.

Ini bermakna bahawa sekitar penghujung suku pertama dan awal suku kedua tahun hadapan, semua kad grafik AMD Radeon RX 6000 yang akan dilancarkan hanya akan dijual dengan rekaan penyejuk daripada pembina-pembina kad grafik, dan kad grafik dengan reka-bentuk rujukan akan menjadi semakin sukar untuk dicari.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

AMD Dikatakan Akan Menghentikan Pengeluaran Kad Grafik Dengan Reka Bentuk Rujukan Untuk Siri Radeon RX 6000

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×